Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

PTI potong kabel telco dipenjara lapan bulan
Published on: Saturday, June 15, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:

PTI potong kabel telco dipenjara lapan bulan
Azmil Mohammad, 37, mengaku melakukan kesalahan itu pada 26 Mei, jam 2 pagi, di Jalan Bukit Perwira, dekat Muzium Sabah di sini. Pertuduhan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pendatang tanpa izin dipenjara lapan bulan kerana melakukan khianat dengan memotong kabel kepunyaan sebuah syarikat telekomunikasi.

Azmil Mohammad, 37, mengaku melakukan kesalahan itu pada 26 Mei, jam 2 pagi, di Jalan Bukit Perwira, dekat Muzium Sabah di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa Azmil ditangkap ketika melakukan kesalahan itu oleh kakitangan Telekom Malaysia dan diserahkan kepada polis.

Mahkamah memerintahkan hukuman Azmil dijalankan dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap seorang penganggur kerana menyimpan motosikal curi. 

Mohd Hairie Abd Hamid, 24, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas pertuduhan memiliki Honda Wave Alpha curi kepunyaan Ahmad Saddam pada tengah hari 21 Mac tahun ini, di tepi jalan di belakang Pasar Besar di pusat bandaraya.

Hairie menukar pengakuannya kepada bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 26 Mac, Hairie meminta dibicarakan atas pertuduhan itu.

Mahkamah diberitahu oleh pihak pendakwaan bahawa mesin itu dilaporkan dicuri pada 10 Jan tahun ini dari tapak pembinaan Asia City di sini.

Hairie ditangkap oleh saudara pengadu, yang bertemu dengannya selepas melihat hantaran Facebook Hairie yang cuba menjual motosikal curi tersebut, dan kemudiannya menyerahkannya kepada polis.

Hairie mengaku memiliki mesin curi itu untuk kegunaan peribadi selain berniat menjualnya untuk keuntungan kewangan.

Diwakili peguam Lim Ming Zoon @ Lawrence, Hairie memohon hukuman ringan manakala pihak pendakwaan menggesa hukuman setimpal.

Mahkamah memerintahkan Hairie menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap.

Sementara itu, seorang wanita berusia 23 tahun didenda RM2,500 atau dua bulan penjara kerana memiliki peralatan judi.

Chrissa Ica mengaku bersalah membeli dua tiket loteri haram jam 4.15 petang, 5 Jun, di hadapan sebuah premis, Jalan Banjaran, Taman Tuan Huatt, di sini.

Fakta kes menyatakan Chrissa ditahan polis semasa Ops Dadu berikutan penemuan peralatan perjudian termasuk telefon bimbit, pencetak mudah alih dan wang tunai RM100 daripadanya.

Pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan wang yang dirampas itu dilucuthakkan kepada kerajaan.

Inspektor Suzie SK melakukan pendakwaan. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here