Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Salah guna jawatan: Penjawat awam didenda RM852,000, dijel 30 tahun
Published on: Saturday, June 15, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Salah guna jawatan: Penjawat awam didenda RM852,000, dijel 30 tahun
Kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Kota Kinabalu: Seorang kakitangan kerajaan berusia 42 tahun didenda sejumlah RM852,000 dan penjara 30 tahun atas 30 pertuduhan menggunakan jawatannya untuk menganugerahkan kerja pembekalan di Pusat Pemulihan Cure and Care (CCRC) di Papar kepada syarikatnya sendiri.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Syamsul Jikan selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-30, Mohd Syamsul dipenjara setahun dan denda antara RM10,000 dan RM62,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Syamsul menjalani hukuman penjara itu secara serentak.

Mahkamah membenarkan permohonan Mohd Syamsul untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan pembayaran denda sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-30, Mohd Syamsul didapati bersalah menggunakan jawatannya dengan mengemukakan sebut harga daripada syarikatnya, Syarikat Emmy Stationary, untuk membekalkan barangan kepada pusat itu.

Dia melakukan kesalahan itu antara Januari dan Oktober 2015 di Pejabat CCRC di Jalan Papar-Beaufort.

Kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Pihak pendakwaan memanggil 19 saksi dalam perbicaraan itu dan seorang saksi pembelaan.

Timbalan Pendakwa Raya Franklin Ganggam Bennet melakukan pendakwaan manakala peguam Hamid Ismail mewakili Mohd Syamsul.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here