Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

The Experts ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024
Published on: Saturday, June 15, 2024
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:

The Experts ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024
FILEM The Experts melakar pencapaian membanggakan apabila dipilih untuk tayangan pada Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) bermula Jumaat sehingga 23 Jun.

Filem aksi terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures itu bakal ditayangkan di beberapa lokasi termasuk Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo dan Hefei, China.

The Experts menjadi antara filem pilihan untuk segmen ;The Belt and Road Film Week’ sebaris dengan filem-filem dari luar antaranya Sima’s Unfinished Narration dari Iran, Pictures of Ghost dari Brazil, Matryoshka dari Jerman, Children of the Sea dari Jepun dan Nasty dari Itali. 

SIFF merupakan salah satu festival filem terbesar dan paling berprestij di Asia Timur. 

Mula diperkenalkan pada 1993 dan ia diadakan setiap tahun di Shanghai, SIFF menayangkan pelbagai filem dari seluruh dunia, termasuk filem cereka, dokumentari, dan filem pendek.

Festival ini terkenal dengan beberapa segmen menarik, seperti Anugerah Golden Goblet dan Anugerah Bakat Baru Asia, di mana ia mengiktiraf pencapaian cemerlang sinema global. 

Penerbit Eksekutif The Experts dan juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata mereka berbesar hati dan teruja untuk mempersembahkan filem The Experts yang mewakili Malaysia di pentas berprestij seperti SIFF.

“Pencapaian ini mengukuhkan maklum balas penonton sebelum ini yang merasakan The Experts memiliki kualiti produksi yang tinggi dengan jalan cerita universal. 

“Peluang sebegini pastinya menjadi pemangkin buat kami serta pengkarya seni tanah air untuk terus mempersembahkan naskhah-naskhah hebat dari Malaysia kepada penonton di seluruh dunia,” katanya.

The Experts, yang menampilkan lakonan mantap Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin dan ramai lagi masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. 

Ia mengisahkan sebuah keluarga lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here