Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

SPRM laksana program pendidikan setiap bulan
Published on: Saturday, June 15, 2024
Text Size:

SPRM laksana program pendidikan setiap bulan
ANTARA penjawat yang hadir dalam program itu.
Kota Kinabalu: Sebagai usaha meningkatkan integriti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan program pendidikan sekurang-kurangnya sehari dalam sebulan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menganjurkan program pencegahan rasuah pada minggu pertama setiap bulan.

“Berkaitan kesalahan rasuah dalam kalangan penjawat awam, saya melihat salah satu kesalahan yang berlaku adalah berkaitan tuntutan palsu.

“Suatu ketika dahulu, ada yang membeli resit-resit hotel, tapi sekarang dengan teknologi baharu, mereka mengubah resit dalam format portable document format (pdf) tersebut dan kemukakan tuntutan palsu.

Bagi 2024, setakat ini SPRM telah membuka beberapa kertas siasatan di Sabah dan kini berada di fasa akhir,” katanya ketika ditemui di Bual Bicara Kluster Tatakelola dan Antirasuah: “Sinergi Dalam Membendung Ketirisan Hasil Untuk Pembangunan Negara”, pada Khamis.

Selain itu, bagi mengatasi ketirisan, beliau juga menyarankan ketua-ketua jabatan agar turut memberi perhatian kepada kepada aktiviti setiap pegawai bawahan, bukan setakat melibatkan macro policy. 

“Ketirisan harus dilihat dari dua sudut, dan salah satu adalah isu besar melibatkan seperti subsidi kerajaan atau melakukan kerja-kerja tidak mengikut spesifikasi.

“Tetapi ada satu lagi ketirisan bentuk kecil yang sentiasa berlaku di dalam jabatan, contohnya pembelian barang dengan harga yang mahal.

“Walaupun kecil, tapi kalau kita longgokan dalam semua agensi akan menjadi besar, contoh satu agensi berlaku ketirisan sebanyak RM1,000 dan kalau 200 jabatan akan berjumlah RM200,000.

“Peranan mengatasi ketirisan adalah tanggungjawab semua pihak, kadang-kadang bila kita bagitahu ketirisan, mereka melihat pihak penguasa, ketua jabatan dan sebagainya, tetapi kalau kerani perolehan pun tidak melakukan sesuatu dengan betul, berlakulah ketirisan,” ujarnya.

Seramai 250 penjawat awam persekutuan dan negeri menyertai program anjuran SPRM Sabah dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah itu dengan sesi perkongsian maklumat oleh Timbalan Pengarah Operasi SPRM Sabah, KPKPj Syamsul Osman, dan Pengarah Operasi Negeri Seksyen Siasatan Sabah, Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah, Mohd Fahmi Saad.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here