Sat, 29 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

SESB rugi RM3j akibat 15 premis curi elektrik
Published on: Saturday, June 15, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

SESB rugi RM3j akibat 15 premis curi elektrik
Abdul Nasser (kedua kanan) memberi taklimat kepada media mengenai barang rampasan.
SANDAKAN: Beberapa siri serbuan di empat daerah di negeri ini mendapati 15 premis perniagaan dan perindustrian terlibat dalam kecurian elektrik.

Suruhanjaya Tenaga Sabah (Ecos) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjalankan operasi itu awal minggu ini di Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran dan Sandakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ecos, Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, premis itu disyaki memanipulasi meter SESB dan penyambungan elektrik haram sehingga menyebabkan kerugian dianggarkan RM3 juta kepada SESB.

“Daripada 15 premis itu, 10 kes curi elektrik dikesan termasuk di ladang udang, pusat pelancongan, kedai perabot, restoran, kilang ais, kilang pemprosesan makanan laut dan pusat hiburan,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Abdul Nasser berkata tindakan pendakwaan akan diambil di mahkamah mengikut Seksyen 61(1) dan 61(3) Enakmen Bekalan Elektrik 2024.

Beliau menambah, SESB juga boleh memilih untuk mendapatkan semula kerugian yang ditanggungnya di bawah Seksyen 62 Enakmen sama.

Beliau berkata, serbuan turut menemui 20 set generator tidak berdaftar dan tidak berlesen.

Dalam acara berasingan, Ecos turut meraikan pembukaan rasmi pejabat cawangan wilayah pantai timurnya yang terletak di Wisma Sabah di Sandakan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here