Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Program pengajaran Bahasa Inggeris. AS sedia bantu: Duta
Published on: Saturday, June 15, 2024
By: Bernama
Text Size:

Program pengajaran Bahasa Inggeris. AS sedia bantu: Duta
EDGARD (kiri) bersama Mohd Ariffin (tengah) dan Pengarah PNS Fatimah Abdillah pada majlis perasmian American Green Corner.
Kota Kinabalu: Amerika Syarikat (AS) sentiasa terbuka untuk membincangkan perkongsian dengan Malaysia bagi melaksanakan program pengajaran bahasa Inggeris dan inisiatif lain yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara, kata Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan.

Beliau berkata kekukuhan ikatan antara kedua-dua negara selama ini menghasilkan banyak program yang berjaya seperti kursus Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA) dan inisiatif pertukaran yang lain.

Bagaimanapun, Edgard menekankan kepentingan untuk benar-benar memahami apa yang diperlukan rakyat dan menentukan perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan serta pihak lain bagi memenuhi keperluan ini dengan berkesan.

Ramai yang membangkitkan mengenai (program pengajaran bahasa Inggeris) ini dengan saya tetapi buat masa ini kami belum mempunyai rancangan lagi. Apa yang kita cuba lakukan memikirkan apa yang rakyat mahu dan apa yang boleh kita lakukan. Kami mempunyai program sedia ada dan pelbagai program pertukaran.

“Kami mempunyai program Inggeris, program perdana seperti ETA tetapi dihentikan akibat Covid-19 atas permintaan kerajaan Malaysia. Kami dapati terdapat minat dalam hal itu, jadi kami akan melihat apa yang boleh kami lakukan.

“Saya fikir kuncinya ialah kita perlu bercakap secara terbuka antara satu sama lain tentang apa yang kita mahu dan apa yang boleh kita lakukan. Apa sahaja yang kita lakukan mestilah perkongsian yang ikhlas,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran American Green Corner di Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) di Tanjung Aru, malam Khamis lalu.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Mohd Arifin berkata Sabah memperoleh banyak manfaat hasil perkongsian AS-Malaysia, khususnya melalui program pengajaran bahasa Inggeris dan berharap kursus ETA dapat dianjurkan semula bagi membantu generasi muda menguasai bahasa itu terutamanya di luar bandar. 

“Ia amat berfaedah untuk anak-anak di Sabah kerana kita mengutamakan pembangunan bahasa Inggeris, sains dan teknologi. Kepakaran mereka sebagai penutur asli bahasa itu boleh membantu dalam usaha ini. Kami mengalu-alukan penglibatan mereka,” katanya.

Selain bahasa Inggeris, Mohd Ariffin turut melahirkan harapan AS dapat membantu dalam memupuk minat dan pengetahuan mengenai Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda Sabah melalui program perkongsian atau pertukaran.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here