Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

11 sekolah rendah berentap pada Olahraga MSS Zon Timur
Published on: Saturday, June 15, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

11 sekolah rendah berentap pada Olahraga MSS Zon Timur
BENEDICT (tengah) dan yang lain bersama salah satu kontinjen yang mengambil bahagian pada pembukaan kejohanan.
RANAU: Sebanyak 11 sekolah rendah berentap pada Kejohanan Olahraga MSS Zon Timur ke-48 2024 yang berlangsung di sini pada Khamis.

Kejohanan tahunan itu melibatkan sekolah SK Nalapak, SK Sagindai, SK Matupang, SK Paginatan, SK Nunuk Ragang, SK Tampios, SK Paus, SK Miruru, SK Tinanom, SK Nukakatan dan SK Kananapon.

Perasmian program sukan yang diadakan di Kompleks Sukan Ranau itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

“Kejohanan ini bukan sahaja menentukan juara dan pemenang bagi setiap pertandingan, tetapi yang lebih penting ialah kejohanan ini memberi pendidikan secara tidak langsung kepada pelajar.

“Melalui acara seperti ini, peserta dapat memahami kejayaan hanya boleh dicapai melalui usaha, ketabahan, perancangan rapi dan pengorbanan.

“Tiada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan berterusan,” kata Jonathan menerusi teks ucapan yang dibacakan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda yang turut mewakilinya dalam majlis itu.

Sementara itu, tambahnya, kejohanan ini juga merupakan platform ke arah perpaduan, membina sikap saling hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi.

“Matlamat akhir adalah untuk membentuk masyarakat dan warganegara yang kuat, patriotik dan saling menyayangi.

“Aktiviti sukan menjadi salah satu halangan yang menyekat pelajar daripada melakukan pelbagai aktiviti tidak sihat,” katanya.

Menurut Benedict, melalui latihan persediaan mental dan rohani, atlet dilatih untuk mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi.

Justeru, katanya, semua pihak harus sedar bahawa melalui aktiviti sukan negara mampu membangunkan modal insan berkualiti dengan minda kelas pertama yang bakal menjadi peneraju negara pada masa hadapan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa pengelola kerana dapat menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan ini.

“Bagi pihak MP Ranau, kami akan sentiasa berusaha membantu dalam aktiviti sukan seperti ini dan akan terus memberi kerjasama kepada pihak penganjur demi masa depan generasi kita.

“Kepada atlet yang menyertai dan memenangi pingat, saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa, kerana penyertaan anda sudah menunjukkan anda juga telah mencipta kejayaan,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengelola yang juga Guru Besar SK Sagindai, Tuvin @ Tobing Siong, Penolong Kanan, guru-guru, AJK PIBG, ibu bapa dan pelajar sekolah.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here