Tue, 25 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Peluang buat pemain simpanan menyinar
Published on: Saturday, June 15, 2024
By: GL Oh
Text Size:

Peluang buat pemain simpanan menyinar
PEMAIN Sabah FC memanaskan badan di padang latihan pada Khamis.
Kota Kinabalu: Perlawanan pusingan 16 akhir Piala FA antara Sabah FC menentang KL Rovers FC di Stadium Likas malam ini (Sabtu) mungkin membuka pintu kepada beberapa pemain simpanan untuk menyinar.

Ini susulan pendedahan Datuk Ong Kim Swee bahawa beberapa pemain utama mungkin tidak disenaraikan kerana kurang cergas.

Ini termasuk pemain pertahanan Gabriel Peres dan penyerang Darren Lok kerana kedua-duanya masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Kedua-dua pemain itu juga tidak turut bersama pasukan ke Jakarta untuk kejohanan bola sepak RCTI Premium Sports 2024 akhir bulan lalu.

Darren pada mulanya dipanggil oleh pasukan Kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia menentang Chinese Taipei tetapi tidak menyertai skuad akhir akibat kecederaan.

Ong berkata pada Jumaat bahawa dia hanya akan membuat keputusan muktamad mengenai kedua-duanya hari ini selepas memeriksa tahap kecergasan mereka.

Dia menyeru pemain lain supaya bersiap sedia untuk mengisi tempat mereka sekiranya dua pemain itu tidak tersenarai.

“Ketiadaan mereka sudah tentu memberi peluang kepada pemain lain untuk menunjukkan kemampuan mereka bagi memastikan Sabah FC dapat mara ke pusingan seterusnya.

“Kami mahu semua pemain bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa, dan menghasilkan prestasi yang boleh dibanggakan.

“Sekiranya mereka gagal mencapai itu, kemungkinan besar mereka akan ketinggalan di belakang pemain lain dalam pasukan,” katanya.

Tambahnya, mereka juga akan memantau pemain di beberapa posisi lain untuk memastikan mereka dapat mengisi segera jika ada pemain utama mengalami kecederaan panjang selama saingan musim Liga Super yang panjang.

Walaupun terdapat kemungkinan kehilangan beberapa pemain utama untuk perlawanan itu, Ong berharap pemain yang dipanggil dapat memberikan yang terbaik.

“Ia adalah perlawanan yang sangat penting untuk Sabah FC. Para pemain mesti kekal fokus dan berharap kami boleh memperoleh keputusan yang positif.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here