Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Sabah sedang muktamadkan draf Enakmen Pengurusan Bangunan
Published on: Saturday, June 15, 2024
By: Crystal E Hermenegildus
Text Size:

Sabah sedang muktamadkan draf Enakmen Pengurusan Bangunan
“Apabila enakmen ini diluluskan Dewan Undangan Negeri Sabah, ia akan menyediakan garis panduan lebih menyeluruh. Ini akan memberi kejelasan untuk pengurusan harta strata dan perlindungan lebih baik bagi pemilik petak atau unit,” kata Joachim.
Kota Kinabalu: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah sedang memuktamadkan draf Enakmen Pengurusan Bangunan yang akan memberikan perlindungan lebih baik kepada pemilik petak atau unit.

Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata proses itu dilakukan dengan kerjasama Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS), agensi negeri berkaitan dan badan profesional.

Beliau berkata hak milik subsidiari penting kepada pengurusan dan pemilikan bangunan berbilang tingkat seperti kondominium dan pusat beli-belah.

“Apabila enakmen ini diluluskan Dewan Undangan Negeri Sabah, ia akan menyediakan garis panduan lebih menyeluruh. 

“Ini akan memberi kejelasan untuk pengurusan harta strata dan perlindungan lebih baik bagi pemilik petak atau unit,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Persidangan Property Hunter 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Jumaat.

Menurutnya peranan dan tanggungjawab pemaju hartanah juga akan ditakrifkan dengan jelas dan dikawal dengan lebih baik, sekali gus membawa kepada pengurusan bangunan yang efektif.

Dalam pada itu Joachim berkata prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan bagi proses permohonan Lesen Permit Pengiklanan Pembangun (APDL) sedang dikemas kini untuk mengurangkan birokrasi.

Beliau berkata pematuhan kepada SOP itu penting untuk mengurangkan kelewatan dan memastikan pematuhan terhadap keperluan kawal selia.

Mengenai pendigitalan pelbagai proses aplikasi pembangunan, Joachim berkata semua permohonan akan dihantar secara dalam talian pada masa depan.

“Pendigitalan menyediakan kemudahan dan kebolehcapaian, membolehkan pihak berkepentingan menyerahkan permohonan dari mana-mana sahaja pada bila-bila masa,” katanya, menambah ia juga meningkatkan ketelusan dan kecekapan kerana perkembangan dapat diikuti dalam masa nyata, sekali gus mengurangkan kesilapan dan kelewatan.

Hadir sama, Pengarah Property Hunter, Elson Kho dan Victor Yong; Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) Datuk Chua Soon Ping; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Stanley Chong dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SICC, Datuk Dr Rosmawati Lasuki.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here