Tue, 25 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Polis akan buka kertas siasatan
Published on: Saturday, June 15, 2024
By: Ricardo Unto
Text Size:

Polis akan buka kertas siasatan
KASIM bercakap kepada penunjuk perasaan.
KETUA Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata polis akan membuka kertas siasatan berhubung demonstrasi #KamiMahuAir Sabah.

“Keadaan terkawal, dan demonstrasi tidak ramai peserta...hanya antara 20 hingga 30 orang,” katanya ketika ditemui di hadapan Menara Kinabalu di sini, Jumaat.

“Mereka hanya nak jumpa Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor)…kebetulan Ketua Menteri tiada di pejabat.

“Sebab itu Datuk Shahelmey Yahya mewakili beliau (Hajiji) untuk menerima memorandum itu.

“Datuk Fairuz (Renddan) menghubungi saya dan memberitahu saya bahawa Ketua Menteri sanggup bertemu mereka (penunjuk perasaan) minggu depan untuk menerima memorandum itu.”

Kasim berkata polis akan memantau keadaan dan membenarkan penunjuk perasaan menyuarakan tuntutan mereka.

“Penunjuk perasaan berkata mereka akan menunggu sehingga esok (Sabtu), dan polis akan terus memantau keadaan,” katanya.

Beliau mengulangi bahawa penunjuk perasaan tidak mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan itu, walaupun mereka telah memaklumkan kepada polis mengenai acara itu.

Kes itu, katanya, akan disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sementara itu, polis menahan sembilan individu tanpa dokumen pengenalan diri dipercayai menyertai perhimpunan #KamiMahuAir Sabah.

Kasim mengesahkan mereka ditahan selepas tiba di lokasi tersebut.

“Ketika mereka sedang meninggalkan tempat itu dalam sebuah kenderaan, polis memeriksa van yang dinaiki dan mendapati sembilan individu tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Kesemua mereka dibawa ke balai polis dan kini sedang menjalani proses dokumentasi,” katanya.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here