Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

SPM: Sabah yakin capai sasaran gred bawah 5
Published on: Friday, June 14, 2024
By: Larry Ralon
Text Size:

SPM: Sabah yakin capai sasaran gred bawah 5
Menurut Raisin, pihaknya juga dapat merapatkan jurang dari segi pencapaian SPM antara sekolah bandar dan luar bandar.
Kota Kinabalu: Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Raisin Saidin (gambar) yakin sasaran untuk mencapai gred purata bawah 5 bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di Sabah mampu dicapai.

Beliau berkata Sabah mencatatkan pencapaian tinggi dengan mencatat gred purata 5.09 dalam SPM 2023, berbanding 5.22 pada 2022.

“Walaupun Sabah tidak mencapai gred purata sasaran 4.99 dalam SPM 2023, 5.09 adalah pencapaian yang tinggi.

“Kami juga gembira kerana bilangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang mencapai gred purata bawah 5 dalam SPM turut meningkat.

“Sebelum ini hanya empat PPD, tetapi pada tahun ini jumlahnya meningkat kepada lapan PPD.

“Saya amat yakin PPD yang mencapai gred purata di bawah 4.99 telah mengenal pasti apakah amalan baik yang dilaksanakan di sekolah masing-masing.

“Kami amat yakin, dengan usaha berkongsi pengalaman dan pendekatan dengan PPD lain pada tahun ini, sasaran untuk Sabah itu akan tercapai,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2023 (Makeps) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, Khamis.

Menurut Raisin, pihaknya juga dapat merapatkan jurang dari segi pencapaian SPM antara sekolah bandar dan luar bandar.

Beliau berkata berdasarkan pencapaian SPM 2023, peratusan pelajar yang mendapat sijil SPM di Sabah meningkat kepada 94 peratus iaitu lebih baik berbanding pencapaian pada 2022.

“Jadi, sudah tentu pelajar di luar bandar turut menyumbang kepada pencapaian ini,” katanya.

Dalam ucaptamanya sebelum ini, Raisin berkata warga pendidik perlu bersedia melakukan pembaharuan melalui Landskap Pendidikan Baharu Jabatan Pendidikan Negeri.

“Kita dapat lihat bahawa peranan pendidikan telah berubah daripada fungsi tradisinya. Pelajar bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar, tetapi untuk dididik supaya menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia,” katanya.

Beliau turut menyampaikan anugerah kepada pelajar, sekolah dan PPD yang mencapai kecemerlangan dalam SPM 2023.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here