Mon, 24 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Lelaki maut ketika mendaki
Published on: Friday, June 14, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

Lelaki maut ketika mendaki
MANGSA dibawa turun ke Pintu Timpohon oleh anggota Mosar.
RANAU: Hasrat seorang warga tempatan berusia 52 tahun untuk menawan Gunung Kinabalu bertukar menjadi tragedi apabila dia meninggal dunia sebelum sampai ke puncak pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Simiun Lomudin berkata, mangsa dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri ketika mendaki di Km 8.3, Denai Puncak Gunung Kinabalu, sekitar jam 5.30 pagi.

Beliau berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ranau menerima panggilan daripada Kaunter Aduan Balai Polis Kundasang pada jam 11 pagi berhubung kejadian itu.

“Mangsa melakukan pendakian dari Pintu Timpohon Selasa lalu bersama isteri dan sembilan yang lain, termasuk tiga malim gunung.

“Ketika mendaki ke puncak Gunung Kinabalu, sebaik tiba di Km 8.3, lelaki itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

“Malim gunung memberikan CPR tetapi gagal menyelamatkan mangsa,” katanya, Khamis.

Beliau berkata mangsa, yang dibawa turun ke Pintu Timpohon oleh pasukan Mosar (Mencari dan Menyelamat Gunung) disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kundasang.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Ranau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian, katanya, menambah kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, kes itu adalah yang ketiga pada Jun tahun ini dan ke-16 tahun ini.

Pada Januari, tiga pendaki mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu manakala pada kes serupa direkodkan pada Februari (2), Mac (2), April (0) dan Mei (6).

Beliau mengulangi nasihatnya kepada semua bakal pendaki supaya membuat penilaian serius terhadap kesihatan mereka sebelum mendaki Gunung Kinabalu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here