Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Antena hilang punca gangguan rangkaian di kampung Sipitang
Published on: Friday, June 14, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:

Antena hilang punca gangguan rangkaian di kampung Sipitang
ANTENA hilang di pencawang.
SIPITANG: Beberapa kampung di sini mengalami gangguan rangkaian komunikasi sejak petang Jumaat sehingga hari ini, kata Presiden Persatuan Masyarakat Murut Sipitang (PMMS), Eric Suab Boh.

Beliau berkata gangguan tersebut menyebabkan ramai penduduk berasa bimbang.

Beliau mendakwa gangguan itu berpunca daripada kecurian antena di sebuah menara komunikasi Kampung Karbon, Mukim Melamam, yang disahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Ini kali pertama antena di tempat tinggi dan berbahaya dicuri, sehingga memutuskan rangkaian internet,” katanya.

Beliau menambah sebanyak 25 kampung terjejas termasuk Kg Melamam, Kg Kaban, Kg Ulau, Kg Marau, Kg Damai, Kg Ulu Melamam, Kg Alutok, Kg Muaya dan Kuala

Muaya, Kg Muaya Baru, Kg Bamban, Kg Mendulong, Kg Skim LIGS Mendulong, Kg Kebawang, Kg Kelangsat, Kg Sungai Iteh, Kg Pengarawan, Kg Solob, Kg Tunas Baru, Kg Pakiak, Kg Ganui, Kg Kabiah, Kg Tanah Merah, Kg Malagau, Kg Lumampau dan Kg Samin.

Eric berkata tindakan mencuri antena itu keterlaluan kerana menjejaskan rangkaian internet.

“Dengan terputusnya rangkaian, ia akan menyukarkan komunikasi penduduk, khususnya untuk berhubung dengan pihak bantuan kecemasan seperti ambulans, polis dan bomba.

“Lebih-lebih lagi, pelajar yang paling banyak menggunakan rangkaian internet untuk kerja sekolah amat terjejas.

“Syarikat telekomunikasi juga harus memasang CCTV bagi mengesan pencuri,” katanya.

Sementara itu, Eric juga berharap gangguan rangkaian di Long Pasia dan beberapa kampung dapat diselesaikan.

Syarikat komunikasi kini hanya menggunakan set generator yang selalu kehabisan minyak petrol dan berharap ia akan diganti dengan tenaga solar.

“Selain itu, set generator di Long Pasia selalu rosak sejak dulu dan sering berhenti operasi, kadang-kadang hampir 10 kali atau lebih dalam sehari, di kawasan berhampiran menara,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here