Tue, 25 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Harga naik: Kerajaan Negeri digesa ambil pendirian tegas
Published on: Friday, June 14, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:

Harga naik: Kerajaan Negeri digesa ambil pendirian tegas
Ahmad Ali berkata, perkara ini pasti menambah beban kepada rakyat yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan harian yang tinggi.
LAHAD DATU: Kerajaan negeri digesa agar mengambil pendirian yang tegas bagi menangani isu kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga diesel di Semenanjung Malaysia.

Susulan kenaikan harga diesel di Semenanjung Malaysia, rakyat di Sabah turut bimbang ini akan memberi kesan kepada industri dan ekonomi negara memandangkan kebanyakan sektor utama negara bergantung dengan bahan api tersebut.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Lahad Datu, Ahmad Ali Akhbar Khan Gulam turut berpendapat kenaikan harga diesel di semenanjung juga memberikan implikasi kepada rakyat di Sabah meskipun tiada kenaikan harga diesel di negeri ini.

Ahmad Ali berkata, perkara ini pasti menambah beban kepada rakyat yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan harian yang tinggi.

Katanya, situasi ini akan bertambah parah sekiranya peniaga yang terkesan menaikkan harga bagi mengimbangi keuntungan dan kos operasi.

“Persoalannya, apakah pendirian kerajaan negeri terhadap perkara ini? Meskipun kerajaan persekutuan menegaskan bahawa harga barang keperluan di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak mengalami kenaikan ekoran pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung.

“Setakat ini, tidak ada kenyataan yang tepat dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Adakah kerajaan negeri akan terus berdiam diri sedangkan Sabah merupakan pengeluar minyak negara yang sepatutnya memastikan rakyat Sabah tidak dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Ali menggesa kerajaan Sabah, khususnya untuk mengambil pendirian tegas bagi menangani isu kenaikan harga barang.

Katanya, ini termasuk memikirkan cara untuk tidak lagi hanya bergantung kepada barangan daripada semenanjung dan mengimport terus dari negara-negara sumber.

“Hakikatnya, rakyat khususnya di negeri ini jelas tidak bersedia untuk menghadapi situasi pertumbuhan pendapatan yang perlahan berbanding kenaikan harga barang yang melambung tinggi secara mendadak.

“Kami bimbang ramai yang akan mengambil kesempatan daripada kenaikan harga diesel ini. 

“Meskipun kenaikan ini tidak dilaksanakan di Sabah, apakah jaminan kerajaan negeri terhadap perkara ini? 

“Adakah ini bersifat politik semata-mata memandangkan Sabah akan menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here