Tue, 25 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

DBKK terima dokumen disahkan oleh JP: Mayor
Published on: Friday, June 14, 2024
Text Size:

DBKK terima dokumen disahkan oleh JP: Mayor
MALAKUN (keenam dari kiri) menyerahkan lencana JP khas itu kepada Mayor.
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menerima dokumen salinan yang disahkan benar dan juga Akuan Berkanun (SD) yang dibuat oleh Jaksa Pendamai (JP) Sabah mengikut Seksyen 99 Akta Mahkamah Rendah dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya.

Jaminan tersebut diberikan oleh Mayor Datuk Dr Sabin Samitah kepada delegasi Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah (Majaps) yang diketuai Presidennya Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun, baru-baru ini.

Malakun mengucapkan tahniah dan sokongan kepada Sabin bagi pihak Majaps atas pelantikannya.

Sabin juga merupakan seorang Jaksa Pendamai Sabah dan ahli Majaps.

Mayor, bersama-sama dengan Ketua Pengarah DBKK Lifred Wong dan pegawai kanan lain, memberi taklimat kepada Majaps mengenai rancangan DBKK untuk Kota Kinabalu, khususnya pelan kebersihan dan pengindahan kawasan bandar.

Pada pihaknya, Malakun memberi taklimat kepada Mayor tentang kuasa dan tugas JP menurut Seksyen 99 Akta Mahkamah Rendah dan Peraturan-Peraturan Mahkamah Rendah (Kuasa Jaksa Pendamai) (Sabah), khususnya berkenaan akuan berkanun, perakuan tandatangan dan perakuan dokumen.

Beliau turut menyerahkan salinan Pekeliling bertarikh 28 Feb 2023 daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah kepada semua ketua jabatan negeri dan persekutuan yang berpangkalan di Sabah.

Sebagai tanda penghargaan, Malakun turut menyerahkan lencana JP bersulam yang ditempah khas dari UK kepada Mayor.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here