Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pegawai perhutanan didakwa minta, terima rasuah dari syarikat balak
Published on: Friday, June 14, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Pegawai perhutanan didakwa minta, terima rasuah dari syarikat balak
Kesalahan itu didakwa berlaku pada 14 Sept 2019, di sebuah hotel di Keningau.
Kota Kinabalu: Seorang pegawai perhutanan didakwa atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada pengarah sebuah syarikat pembalakan.

Abidin Jaya, 50, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Khamis.

Bagi pertuduhan pertama, Abidin didakwa meminta rasuah RM30,000 daripada seseorang bernama Lau Kwong Sing yang merupakan pengarah Syarikat Keunggulan Balak Sdn Bhd, sebagai dorongan untuk mengurangkan impak laporan mengenai kesalahan aktiviti pembalakan di luar kawasan.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 14 Sept 2019, di sebuah hotel di Keningau.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima rasuah RM15,000 daripada individu sama dan untuk tujuan itu pada masa dan tempat yang sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Ia membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 Ogos untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Abidin dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM2,000 beserta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah juga memerintahkannya menyerahkan pasport, jika ada, dan melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali.

Abidin juga dilarang menghubungi saksi pendakwaan sementara menunggu kes selesai.

Pegawai Pendakwa SPRM Nur Sabrina Ali tampil untuk pendakwaan manakala peguam Noor Ilienna Rahayu Ibrahim mewakili Abdin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here