Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

MUAYTHAI: Atlet Sabah raih dua emas, perak di kejohanan dunia
Published on: Thursday, June 13, 2024
By: GL Oh
Text Size:

MUAYTHAI: Atlet Sabah raih dua emas, perak di kejohanan dunia
(DARI kiri) Myra Arina, Jezzevelle Myora, Yan Jia Chi dan Asyraf Danial.
Kota Kinabalu: Atlet Muaythai negeri terus mencipta gelombang di pentas dunia dengan meraih dua emas dan satu perak untuk negara pada Kejohanan Dunia Senior IFMA di Greece yang berakhir Isnin lalu.

Yan Jia Chi membuktikan kejayaannya tahun lalu pada kejohanan sama di Bangkok, Thailand, bukan kebetulan apabila dia berjaya mempertahankan gelaran wai kru wanita bawah 23 tahun dengan 9.45 mata.

Gelaran dunia terbaharu itu juga merupakan gelaran keempatnya berikutan dua lagi kemenangan tahun lalu di Piala Dunia IFMA di Turki dan Sukan Tempur Dunia di Riyadh.

Satu lagi emas dimenangi oleh Asyraf Danial dalam kategori wai kru lelaki bawah 23 tahun dengan 9.30 mata. Dia merupakan pemenang pingat emas tahun lepas dalam duo mai muay lelaki bersama Dariss Muzzamiel Mahadi. 

Bagaimanapun, Darris tidak dapat menyertai kejohanan kali ini kerana dia sedang menjalani latihan sebagai pegawai penjara.

Pingat perak disampaikan oleh duo mai muay wanita, Myra Arina dan Jezzevelle Myora (9.40 mata).

Kontinjen Malaysia turut memenangi satu lagi perak menerusi Damia Husna dari Kuala Lumpuur dalam kategori tempur 51kg wanita bawah 23 tahun dan satu gangsa daripada seorang lagi atlet berpangkalan di Kuala Lumpur, Nur Amisha Azrizal dalam kategori 48kg wanita bawah 23 tahun.

Presiden Persatuan Muaythai Sabah, Hj Nazri Abd Razak gembira dengan prestasi atlet-atlet negeri yang memberangsangkan di kejohanan dunia.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua atlet negeri yang semuanya akan ke Sukma atas pencapaian mereka termasuk Eva Anastasia Warren yang berjaya mara ke peringkat kelayakan dalam kategori tempur 45kg.

Sementara itu, Cyrille Dhillon Tahing yang merupakan ketua jurulatih pasukan bersama dua lagi jurulatih Mardiana Maulana dan Rozaimy Ahad memberi amaran kepada atlet supaya tidak terbawa-bawa dengan kejayaan itu.

“Saya berpuas hati dengan pencapaian kali ini. Ini adalah kali keempat pasukan seni (seni persembahan) kita bertanding di kejohanan dunia dan berjaya mendominasi kategori itu walaupun dengan kehadiran pesaing utama yang lain.

“Bagaimanapun, kesemua mereka tidak seharusnya terlalu selesa dengan kejayaan itu kerana sasaran utama kita seterusnya ialah Sukma akan datang, dan peluang untuk membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik di negara ini,” katanya.

Beliau juga berkata mereka akan memulakan latihan berpusat untuk semua atlet Sukma dari 19-26 Jun sebagai persediaan menghadapi pra-Sukma yang akan diadakan di Serdang, Kuala Lumpur pada 27-30 Jun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here