Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Bukan garis masa noktahkan kemiskinan tegar – Masidi
Published on: Thursday, June 13, 2024
By: Jonathan Nicholas
Text Size:

Bukan garis masa noktahkan kemiskinan tegar – Masidi
MASIDI (ketiga kiri) dan Azam Baki (kedua kiri) bersama yang lain menunjukkan MoU bebas rasuah yang ditandatangani antara SESB dan SPRM.
Kota Kinabalu: Tarikh akhir Julai yang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berikan untuk menoktahkan kemikinan tegar di Sabah adalah galakan kepada Kerajaan Negeri, tetapi tidak semestinya garis masa.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited dan menggandakan usaha untuk memastikan garis kemiskinan berkurangan.

“Ini menjadi agenda selama ini semasa mesyuarat Kabinet mingguan kami. Banyak strategi yang dirumus telah dilaksana dan banyak lagi akan dilancarkan.

“Kita tidak memilih garis masa begitu saja untuk menamatkan kemiskinan di Sabah. Hal kita menyelesaikannya menjelang waktu itu tidak penting.

“Sebaliknya, cabarannya adalah untuk bekerja keras dan mencari cara yang mampan untuk menghapuskan kemiskinan untuk selama-lamanya,” katanya.

Ketika membuat pengumuman tersebut semasa Pesta Kaamatan, Anwar yakin Sabah boleh menoktahkan kemiskinan tegar, di mana setakat ini bilangan ketua isi rumah miskin tegar telah menurun daripada 20,000 kepada 9,000.

Masidi berkata tarikh akhir yang ditetapkan Anwar tidak seharusnya dilihat sebagai jangka masa, tetapi harus dilihat sebagai arahan untuk bekerja keras untuk menamatkan isu kemiskinan di Sabah dan mengambil serius masalah itu.

“Membasmi kemiskinan adalah salah satu matlamat Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. Secara peribadi, saya rasa garis masa yang diberikan hanyalah dorongan Anwar untuk pihak tertinggi kerajaan mengambil serius isu ini,” katanya.

Masidi ditemui selepas menyaksikan majlis ikrar bebas rasuah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bersama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan Pengerusi SESB Datuk Seri Madius Tangau di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.

Sementara itu, Azam Baki berkata SPRM akan menumpu kepada pelabuhan-pelabuhan negeri dalam operasi bersama dengan Kastam Diraja Malaysia bagi mengelak ketirisan cukai dan kerugian hasil.

“Satu kes baru-baru ini di Klang membongkar pengisytiharan palsu mengenai kerusi roda. Apabila kontenanya dibuka, barangan elektronik dan juga daging babi ditemui di dalamnya.

“Modus operandi ini berlaku di mana-mana. SPRM akan menggunakan unsur kejutan, suatu hari nanti pesalah tentu akan kena,” katanya.

Kastam Diraja Malaysia Sabah telah membuat beberapa siri rampasan barang seludup berjumlah jutaan ringgit.

Bagaimanapun, tiada seorang pun suspek diberkas selain penjaga stor yang ditemui. Azam mengulas perkara itu.

Sementara itu, beliau berkata operasi bekalan air Sabah sekarang adalah bersih berbanding 2017 apabila SPRM menerima banyak aduan daripada rakyat mengatakan mereka tidak pernah merasakan peruntukan Jabatan Air Sabah disalurkan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here