Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Rogol teman wanita: Remaja dihantar ke sekolah pemulihan
Published on: Thursday, June 13, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Rogol teman wanita: Remaja dihantar ke sekolah pemulihan
Cadangan itu dibuat di bawah Seksyen 91(1)(f) Akta Kanak-Kanak 2006.
Kota Kinabalu: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang didakwa atas dua pertuduhan merogol teman wanita bawah umur, dihantar ke sekolah pemulihan Henry Gurney selama tiga tahun atau sehingga mencapai umur 21 tahun, yang mana lebih awal.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan membuat perintah itu apabila kesnya dihadapkan untuk laporan sosial dan hukuman.

Laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat mencadangkan agar remaja itu dihantar ke sekolah pemulihan.

Cadangan itu dibuat di bawah Seksyen 91(1)(f) Akta Kanak-Kanak 2006.

Atas pertuduhan pertama, lelaki itu merogol remaja perempuan berusia 15 tahun dan lima bulan itu pukul 12.30 tengah hari pada 19 Jun, 2023 di sebuah pondok di tepi laut di Papar.

Bagi pertuduhan kedua, dia melakukan kesalahan sama terhadap mangsa sama jam 4 pagi pada 13 Nov, 2023 di tempat sama. Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu remaja itu pergi ke rumah mangsa dan membawanya ke tepi laut di mana rogol itu berlaku.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim melakukan pendakwaan manakala remaja itu tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here