Thu, 27 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Guru Sekolah Orang Asli Dinobatkan sebagai Pemenang RISE Educator Award
Published on: Thursday, June 13, 2024
Text Size:

Guru Sekolah Orang Asli Dinobatkan sebagai Pemenang RISE Educator Award
Shawn Stanly (third from right) from SK RPS Banun was crowned the recipient of RISE Educator Award 2024 and received RM20,000 sponsorship for his school, accompanied by [L-R] Professor Barry Winn, Vice-Chancellor and President, Taylor’s University, Yang Berusaha Puan Fadzliaton Zainudin, Deputy Director of the Education Resources and Educational Technology Division, Ministry of Education, Josephine Tan, Campus Director, Taylor’s College, YB Wong Kah Woh, Deputy Minister of Education, Encik Mohd Zamarol Ahmad, Guru Besar SK RPS Banun and Sawittri Charun, Interim Head of Fellowship, Teach for Malaysia.
SUBANG JAYA: Taylor’s College dan cabang penglibatan pelajarnya, The Risers, telah menobatkan Shawn Stanly Anthony Dass sebagai pemenang RISE Educator Award tahun ini.

Pendidik dedikasi yang mengajar di sebuah kampung terpencil di Gerik, Perak, telah dianugerahkan RM5,000 atas pencapaian beliau dan RM20,000 untuk Sekolah Kebangsaan RPS Banun.

Tahun ini, 10 kisah inpsirasi guru-guru luar biasa telah disenarai pendek dan telah dipaparkan di platform media sosial Taylor’s College untuk undian awam.

RISE Educator Award finalists with the school’s headmasters and principal, together with YB Wong Kah Woh, Deputy Minister of Education (eighth from left) and Yang Berusaha Puan Fadzliaton Zainudin, Deputy Director of the Education Resources and Educational Technology Division, Ministry of Education (fifth from left), Professor Barry Winn, Vice-Chancellor and President, Taylor’s University, (sixth from left) Josephine Tan, Campus Director, Taylor’s College (seventh from left) and Sawittri Charun, Interim Head of Fellowship, Teach for Malaysia (sixth from right).

Lima guru inspirasi dengan undian terbanyak adalah Shawn, bersama Anne Margarette Kho dari SK Belipat, Sarawak; Muhammad Anas Murugan Abdullah dari SK Seri Intan, Perak; Siti Ainulmursyida Shamsudin dari SMK Orkid Desa, Kuala Lumpur; dan Siti Intan Farahana Mhd Fauzy dari SK Bandar Laguna Merbok, Kedah.

Pada majlis anugerah, Josephine Tan, Pengarah Kampus Taylor's College, menekankan komitmen institusi tersebut dalam memastikan pendidikan saksama bagi semua kanak-kanak. “Di Taylor’s College, kami bertekad untuk memastikan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai peluang yang saksama untuk belajar dan berkembang maju.

Shawn Stanly from SK RPS Banun, recipient of RISE Educator Award 2024 sharing his speech after being crowned the winner.

Kami berhasrat untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, menginspirasi inovasi, dan memupuk potensi setiap pelajar.

Peluang untuk bekerjasama dengan pemenang dan finalis Anugerah Pendidik RISE yang lalu telah membuka mata kami kepada kesan mendalam hasil daripada dana yang disumbangkan.

Dana ini telah memberikan impak besar kepada sekolah dan pelajar-pelajarnya dalam memperoleh pendidikan yang lebih saksama. Di samping RM20,000 yang diberikan kepada sekolah pemenang, kami tetap komited untuk menyokong aspirasi pendidikan mereka.”

[L-R] Sawittri Charun, Interim Head of Fellowship, Teach for Malaysia, Josephine Tan, Campus Director, Taylor’s College, YB Wong Kah Woh, Deputy Minister of Education, and Professor Barry Winn, Vice-Chancellor and President, Taylor’s University.

Majlis anugerah tersebut juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Wong Kah Woh, dan Ketua Interim Fellowship Teach For Malaysia, Sawittri Charun.

"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Taylor's College dalam meraikan pendidik-pendidik luar biasa yang menginspirasi dan memberdayakan.

Kisah mereka sangat menyentuh hati kami, mencerminkan usaha transformasi pendidik di seluruh Malaysia. Komitmen Shawn yang luar biasa dalam memperkayakan pembelajaran pelajar Orang Asli mengingatkan kami akan misi Teach For Malaysia dalam memerangi ketidaksamaan pendidikan," kata Sawittri.

Pendekatan pedagogi inovatif Shawn telah memperkayakan pembelajaran pelajar dan penglibatan di SK RPS Banun, sebuah sekolah yang keseluruhannya Orang Asli, di mana buta huruf dan kadar keciciran tinggi menjadi isu yang meruncing.

Finalists of RISE Educator Award and the audience in attendance watching a congratulatory message from Cikgu Kumaresan Muniandy, RISE Educator of the Year 2023. 

Melalui integrasi simulasi dan pengalaman dunia nyata, beliau telah mencipta persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.

Salah satu projeknya yang terkenal termasuk pembangunan simulator penerbangan dan kelas pemuliharaan marin bertemakan pantai, yang kedua-duanya telah memainkan peranan penting dalam membantu pelajar memahami konsep kompleks melalui pembelajaran pengalaman.

“Usaha penglibatan adalah kunci kejayaan dalam bilik darjah saya. Kaedah pengajaran saya telah meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar, yang membawa kepada peningkatan kehadiran dan keyakinan.

Ini telah memupuk ketahanan dan ketabahan, menggalakkan pelajar untuk menerima pembelajaran.

Walaupun buta huruf tidak sepenuhnya diselesaikan, terdapat kemajuan sejak Jun 2022.

Dengan menyediakan peluang pembelajaran dan memberdayakan pelajar, prestasi akademik dan penglibatan kokurikulum telah melonjak.

Ketika pelajar saya terus cemerlang, ia menunjukkan potensi mereka dan menekankan kepentingan menyediakan peluang dan mempercayai kemampuan mereka.

Memenangi anugerah ini menonjolkan potensi besar pelajar kita. Saya komited sepenuhnya untuk menyediakan mereka dengan pengalaman pembelajaran terbaik dan peluang untuk merealisasikan potensi penuh mereka,” kata Shawn.

Guru Besar SK RPS Banun, Mohd Zamarol Ahmad menyatakan rasa bangga yang mendalam terhadap pencapaian luar biasa Shawn, yang telah menjayakan beliau memenangi RM20,000 untuk sekolah itu. “Geran ini akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan hab pembelajaran khusus untuk pelajar kami.

Kami komited untuk menyokong Shawn dalam usaha-usaha masa depannya dan akan sentiasa memperjuangkan usaha beliau untuk menyediakan pendidikan luar biasa untuk pelajar-pelajar kami.”

Setiap finalis RISE Educator Award 2024 juga menerima RM1,000, dengan tambahan RM10,000 yang diperuntukkan kepada sekolah mereka untuk meningkatkan kemudahan atau infrastruktur yang dapat menyokong persekitaran yang kondusif untuk pendidikan berkualiti.

Proses pemilihan untuk pemenang dan finalis dirangka untuk menggabungkan undian awam (pertimbangan yang membawa 25% kesuluruhan penilaian) dengan penilaian panel yang terkemuka.

Panel ini termasuk Josephine Tan, Chan Soon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Teach For Malaysia, dan Cikgu Kumaresan Muniandy, RISE Educator of the Year 2023, yang menilai usaha dan impak calon (pertimbangan yang membawa 75% kesuluruhan penilaian) untuk menentukan penerima anugerah ini.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here