Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Bekas pegawai Malaysia Airports Holdings Berhad didenda RM50,000
Published on: Wednesday, June 12, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Bekas pegawai Malaysia Airports Holdings Berhad didenda RM50,000
Kesalahan itu mengikut Seksyen 415(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 471 Kanun sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Bekas pegawai eksekutif Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) didenda berjumlah RM50,000 atas kesalahan mendorong penyerahan harta secara tidak jujur membabitkan RM36,500.

Abas Tua mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga, terhadap lima pertuduhan alternatif yang dikenakan ke atasnya pada Selasa.

Untuk pertuduhan pertama, dia didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan kerana memperdaya Ng Kheng Huat untuk mempercepatkan pemerolehan tapak perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan pembaharuan kontrak pajakan, untuk Diamoney Jewellery Holding Sdn Bhd dan menyebabkan Diamoney memasukkan RM2,500 ke dalam akaun Abas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didenda RM15,000 atau penjara enam bulan kerana memperdaya Ng sebanyak RM11,500 untuk tujuan sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Abas didenda RM10,000 lagi atau penjara enam bulan kerana memperdaya orang sama dengan tujuan yang sama serta menyebabkan tertuduh memasukkan wang RM6,000 ke dalam akaun tertuduh.

Bagi pertuduhan keempat, dia diperintahkan membayar denda RM5,000 lagi atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu kerana memperdaya Ng sebanyak RM3,000 untuk hal sama.

Atas pertuduhan kelima, dia didenda RM15,000 atau penjara enam bulan kerana memperdaya Ng sebanyak RM13,500 untuk perkara sama.

Abas telah mendorong pembayaran daripada Ng antara September 2010 dan Julai 2014.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 415(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 471 Kanun sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Norsham Saharom dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tampil untuk pendakwaan manakala peguam Mohd Al-Hafidz Mohd Lokman mewakili Abas.

Abas membayar denda itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here