Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Jual walkie- talkie, alat suai tanpa sijil Sirim: Peniaga, syarikat didenda
Published on: Wednesday, June 12, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Jual walkie- talkie, alat suai tanpa sijil Sirim: Peniaga, syarikat didenda
Kesalahan di bawah Peraturan 16(1)(b) Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Akta Komunikasi dan  Multimedia yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.
Kota Kinabalu: Seorang peniaga dan syarikatnya didenda berjumlah RM5,500 kerana menjual lima unit walkie-talkie dan enam alat suai tanpa wayar yang tidak disahkan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu kepada Pengarah Jimmy Hee Chin Yong dan syarikatnya East Gadgetry Sdn Bhd, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hee didenda RM2,500 atau penjara tiga bulan kerana menjual walkie-talkie dan alat suai tanpa wayar tanpa pensijilan Sirim seperti yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Syarikatnya juga diperintahkan membayar denda RM3,000 atau waran levi dikeluarkan jika gagal membayar denda itu kerana melakukan kesalahan sama di premisnya di Lorong Lintas Plaza 2, Jalan Lintas, di sini, jam 1.20 petang pada 11 Okt, 2023.

Kesalahan di bawah Peraturan 16(1)(b) Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

Semasa mitigasi, Hee meminta denda minimum dengan hanya mengatakan syarikatnya menghadapi masalah kewangan dan produk terbabit hanya memperoleh sedikit keuntungan.

Hee juga berjanji untuk memastikan syarikatnya akan menjual produk tulen.

Pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada Hee dan yang lain.

Di mahkamah sama, seorang lagi lelaki didenda RM2,500 atau penjara tiga bulan kerana menjual dua unit walkie talkie tanpa sijil Sirim.

Ko Yin Lung mengaku menjual peralatan komunikasi yang tidak disahkan oleh Sirim jam 11.30 pagi pada 11 Okt, 2023 di Ifix Gadget Store di Kompleks Sinsuran, di sini.

Pegawai Pendakwa Nazrul Nizam dan Nazilah Idris dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tampil untuk pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here