Tue, 25 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Amaran bagi pihak perlekeh lagu negeri
Published on: Tuesday, June 11, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:

Amaran bagi pihak perlekeh lagu negeri
Jeffrey mengulas tindakan sekumpulan pempengaruh menyanyikan lagu “Sabah Tanah Airku” di media sosial dengan tidak menghormati, sehingga menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi negatif masyarakat.
KENINGAU: Kerajaan Negeri memberi amaran keras kepada pempengaruh agar tidak sewenang-wenangnya memperlekehkan lagu negeri, “Sabah Tanah Airku” di platform media sosial.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, tindakan sedemikian juga dilihat sebagai tidak menghormati Rukun Negara dan  Perlembagaan Malaysia.

“Kita tidak boleh memperlekehkan dan mempermainkan lagu ‘Sabah Tanah Airku’, sebab ini adalah lagu rasmi kemerdekaan Sabah. Kita harus hormati lagu ini. Setiap kali kita menyanyi kita perlu berdiri dengan hormat, bukan duduk ketawa-ketawa menyanyi,” tegasnya.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan  mengulas tindakan sekumpulan pempengaruh menyanyikan lagu “Sabah Tanah Airku” di media sosial dengan tidak menghormati, sehingga menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi negatif masyarakat.

Katanya, sekiranya perkara sama berulang lagi, Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau ditemui pada program Sabah Sihat Rakyat Sejahtera anjuran Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah bersama Kementerian Belia Dan Sukan Sabah (KBBS) Zon Keningau, di Dewan Badminton Kompleks Sukan di sini.

Mengenai program ini, Jeffrey berkata ia amat bermanfaat kepada masyarakat kerana ia mendedahkan penjagaan kesihatan kepada mereka.

Beliau berharap program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang bagi mendidik rakyat mengamalkan gaya hidup sihat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here