Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Tenom sumbang 37.5 peratus dari pengeluaran koko negara
Published on: Tuesday, June 11, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:

Tenom sumbang 37.5 peratus dari pengeluaran koko negara
RIDUAN (tengah, barisan depan) merakamkan gambar kenangan bersama pegawai LKM dan peserta kursus.
Tenom: Lembaga Koko Malaysia (LKM) Unit di sini menyumbang 37.5 peratus atau 54 tan daripada jumlah pengeluaran koko negara sebanyak 144 tan pada suku pertama tahun ini.

Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin berkata, ini merangkumi Sipitang, Keningau, Nabawan dan Sook di bawah seliaan LKM Unit Tenom dengan keluasan tanaman koko 360 hektar yang diusahakan oleh 554 petani.

Katanya, pencapaian ini menjadi perangsang kepada LKM untuk terus melaksanakan aktiviti dan menyumbang kepada pembangunan industri koko di daerah ini.

Riduan yang juga Ahli Lembaga Pengelola Lembaga Koko Malaysia berharap komuniti penanam koko di Tenom dan daerah sekitarnya akan terus aktif dan meningkatkan usaha menanam koko.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here