Tue, 25 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Kecewa jalan semak selepas pokok tumbang tidak dibersihkan
Published on: Tuesday, June 11, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:

Kecewa jalan semak selepas pokok tumbang tidak dibersihkan
POKOK kayu yang tumbang dan menjadi semak.
SIPITANG: Penduduk Kampung Kesili kecewa dengan keadaan jalan yang teruk selepas pokok tumbang tidak dibersihkan menyebabkan mereka tidak selesa menggunakannya.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan memberitahu Daily Express pada Isnin bahawa keadaan jalan raya terutama di tepi jalan ditumbuhi semak dan berbahaya untuk dilalui.

Bagi penduduk, jalan itu penting kerana ia menghubungkan kampung dengan kawasan pekan.

“Pada waktu malam, penduduk takut untuk menggunakannya kerana bukan sahaja tiada lampu jalan, malah keadaan yang terlalu semak boleh menarik binatang liar seperti ular dan lain-lain,” kata penduduk itu.

Jalan itu ditumbuhi semak selepas sebatang pokok tumbang dan hanya sebahagiannya dibersihkan oleh penduduk, yang berharap syarikat konsesi akan membersihkannya mengikut jadual.

Bekas Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sindumin, Sani Miasin, berkata jalan itu terletak di bawah bidang kuasa syarikat konsesi Pembinaan Kekal Mewah.

“Mereka bertanggungjawab membersihkan jalan untuk keselesaan penduduk,” katanya ketika dihubungi.

Sani mendakwa Pemborong Kekal Mewah bertanggungjawab membersihkan semua jalan yang berdaftar dengan kerajaan yang sepatutnya mempunyai kontraktor atau syarikat konsesi pembersihan yang bertanggungjawab.

“Diharap syarikat konsesi iyu tidak mengabaikan tanggungjawab dalam menjalankan tugas bagi memastikan jalan raya di bawah jagaannya sentiasa bersih,” katanya lagi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here