Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Fahmi seru warga Kementerian Komunikasi merakyatkan penyampaian maklumat
Published on: Tuesday, June 11, 2024
By: Bernama
Text Size:

Fahmi seru warga Kementerian Komunikasi merakyatkan penyampaian maklumat
Fahmi berkata penggunaan bahasa tempatan seperti dialek daerah boleh diterapkan dalam penyampaian dasar dan program kerajaan supaya ia lebih mudah difahami oleh komuniti setempat.
PUTRAJAYA: Warga Kementerian Komunikasi diseru untuk merakyatkan penyampaian maklumat kepada Komuniti MADANI atau kumpulan sasaran bagi memastikan maklumat yang ingin disalurkan dapat difahami dengan baik dan tidak disalah erti, kata Menteri berkenaan Fahmi Fadzil.

Beliau berkata penggunaan bahasa tempatan seperti dialek daerah boleh diterapkan dalam penyampaian dasar dan program kerajaan supaya ia lebih mudah difahami oleh komuniti setempat.

“Bila saya menjelajah atau mengadakan pertemuan dengan Komuniti MADANI di lapangan, saya dapati mungkin sesuatu perkara itu boleh disesuaikan cara penyampaian mesejnya kepada komuniti terlibat.

“Malaysia sebuah negara yang majmuk, yang kaya dengan kepelbagaian dan pelbagai suku kaum, bahasa dan dialek, maka kita kena pastikan mesej itu bukan hanya menggunakan bahasa rasmi tapi dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami di peringkat akar umbi.

“Seperti Pulau Bum Bum di Semporna, (Sabah) mungkin ada beberapa perkara itu sesuai dengan komuniti di situ dan perlu dipastikan ia diterjemah dan disampaikan dalam bentuk yang mudah dicerap, difahami oleh penduduk setempat,” katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi bulan Jun 2024 di sini hari ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here