Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Polis kesan sindiket penipuan sasar warga emas, tawarkan pekerjaan sambilan
Published on: Monday, June 10, 2024
By: Bernama
Text Size:

Polis kesan sindiket penipuan sasar warga emas, tawarkan pekerjaan sambilan
Gambar sekadar ilustrasi
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menawarkan pekerjaan sambilan dalam talian sebagai ejen tempahan hotel, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Belia  berkata pihaknya mengesan aktiviti sindiket terbabit yang menawarkan pekerjaan melalui aplikasi WhatsApp menerusi mesej 'Job For Senior' atau 'Job For Old Timer' dan mangsa perlu membuka akaun di laman sesawang lynxoasis.com bagi menyelesaikan tugasan mereka.

"Mangsa berminat akan diminta membuka akaun di laman sesawang lynxoasis.com dan menyelesaikan tugasan tempahan hotel dengan menggunakan wang mangsa terlebih dahulu dengan jaminan akan dipulangkan semula beserta komisen enam hingga 10 peratus bergantung tugasan diselesaikan. 

"Melalui laman sesawang itu mangsa akan dapat melihat wang komisen mereka meningkat,  namun apabila ingin mengeluarkan wang, sindiket akan mengenakan pelbagai bayaran tambahan sekali gus mengakibatkan kerugian lebih besar kepada mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ramli berkata setakat ini pihaknya menerima 21 laporan polis membabitkan kes penipuan terbabit dengan melibatkan nilai kerugian RM752,100.00. 

Dalam kes berasingan, Ramli berkata pihaknya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah dengan penahanan 18 individu dalam serbuan berasingan di beberapa negeri pada 4 dan 5 Mei lepas. 

Beliau berkata kesemua individu terdiri 12 lelaki dan enam wanita warga tempatan berusia antara 30 hingga 71 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan di sekitar Sabah, Perak dan Selangor.

Berdasarkan siasatan, sindiket ini beroperasi sejak 2019 dengan menawarkan pelaburan kononnya berkaitan IKS Sabah. 

“Sindiket ini juga menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri untuk meyakinkan mangsa-mangsa bahawa pelaburan adalah sah dan menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai medium berkomunikasi selain perjumpaan bersemuka yang turut dilakukan dengan mangsa terlibat. 

“Sindiket ini menawarkan pulangan yang tinggi dalam bentuk hibah antaranya melalui pelaburan RM1,000, pelabur dijanjikan keuntungan RM200,000 dalam tempoh tiga bulan," katanya.

Ramli berkata mereka yang ditahan dipercayai berperanan selaku dalang, moderator dan pemilik akaun keldai yang digunakan oleh sindiket penipuan terbabit.

Beliau berkata mangsa yang terpedaya telah mendepositkan wang melalui pindahan ke beberapa akaun keldai milik syarikat dan perniagaan namun tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan.

Setakat ini pihak polis menerima 15 laporan membabitkan kerugian keseluruhan RM2.98 juta berkaitan kes ini. 

Beliau berkata 28 kad debit pelbagai bank, 24 unit telefon bimbit pelbagai jenama, dua komputer riba dan sebuah tablet dirampas dan 15 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM69,796.90 turut disita di bawah Seksyen 50(1) AMLATFPUAA 2001.

Penyitaan di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 juga dibuat terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dianggarkan bernilai RM75,000.00 selain membeku 38 akaun bank (RM108,131.93) di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001.

"Kesemua individu yang ditahan sedang disambung reman masing-masing sehingga hari ini, esok dan lusa. Siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sedang dijalankan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here