Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

PAS selesa berada dalam kerajaan GRS: Tuan Ibrahim
Published on: Monday, June 10, 2024
By: Agust Dean
Text Size:

PAS selesa berada dalam kerajaan GRS: Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, muafakat politik sangat penting sebab tiada satu parti pun boleh memerintah sendiri. - FOTO FMT
PAPAR: PAS mengaku selesa berada dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) namun akan memutuskan rakan muafakat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak “walaupun PAS lebih selesa dengan rakan-rakan sedia ada dalam kerajaan negeri”.

Katanya, PAS mahu memastikan kerajaan yang akan dibentuk adalah kukuh. Jadi, sekiranya muafakat dibentuk lebih awal sebelum Dun dibubarkan akan lebih baik agar rakyat tahu hala tuju PAS.

“Biasa kita bincang sebelum bubar kerana ada muafakat yang dibentuk selepas pilihan raya seperti kerajaan Persekutuan sekarang. Namun, selepas keluar keputusan (pilihan raya umum), apabila Parlimen tergantung tak boleh mentadbir maka, dibentuk muafakat.

“Begitu juga dalam konteks Sabah, apabila parti-parti tak boleh memerintah sendirian akhirnya terpaksa mencari rakan muafakat dalam politik,” katanya selepas majlis perasmian Muktamar Dewan-Dewan PAS Sabah.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, dalam muafakat parti-parti di Sabah, beliau lihat ia agak dinamik. 

“Permulaannya kadang-kadang lain, di pertengahan lain.” Jadi, mereka akan meneliti satu persatu.

Tuan Ibrahim berkata, muafakat politik sangat penting sebab tiada satu parti pun boleh memerintah sendiri.

Katanya, PAS masih belum memutuskan sama ada ia akan bertanding dalam PRN Sabah kerana perlu berunding dengan muafakat politik yang akan dibentuk.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menafikan dakwaan jentera PAS tidak membantu calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB).

“Kita buat kerja secara habis baik sebab Parlimen di situ milik PAS.

“Sekiranya PAS tak turun berkempen di KKB, ia akan beri kesan kepada Ahli Parlimen kita. Kita turun secara ‘all out’ di Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan berkata, sikap prejudis terhadap PAS sebagai sebuah parti Malaya dan tidak sesuai di Sabah harus dikikis. 

Katanya, biarpun asasnya PAS berasal daripada Malaya, pihak yang bekerja di lapangan adalah pemimpin dari Sabah yang memahami budaya orang Sabah.

“Kalau kita guna bahasa Sabah, boleh dikatakan kami ini, tembuni (uri) kami...darah kami ditanam di negeri Sabah. Tembuni saya ditanam di Kota Ayangan, Keningau, kami orang Sabah.

“Kami tahu budaya orang Dusun, kami tahu budaya orang Murut...mereka adalah saudara kami. 

“Kami adalah dalam kalangan mereka walaupun mungkin asasnya, parti (PAS) daripada Malaya tapi yang menjalankan, menanam dan bekerja di lapangan adalah kami dan kami adalah orang Sabah.

“Kami faham budaya Sabah dan boleh bercakap Sabah,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik itu berkata, PAS perlu masyarakatkan parti berkenaan agar lebih dikenali dalam kalangan rakyat Sabah.

“Kita sebagai ahli PAS dalam kalangan orang baik-baik, tidak berani menipu kerana kita diasaskan dengan kepimpinan ulama. 

“Salah guna kuasa jauh daripada orang-orang PAS. Sehingga sebahagian orang menyatakan PAS parti suci, itu kita terima sebab kita memang takut untuk buat dosa.

“Itu kelebihan yang ada pada orang PAS,” katanya.

Katanya, PAS tidak hanya muncul ketika pilihan raya semakin hampir, PAS berada dengan masyarakat pada setiap masa menjalankan kerja-kerja kebajikan membantu masyrakat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here