Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

2 bot tempatan disyaki langgar syarat sah lesen ditahan
Published on: Monday, June 10, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

2 bot tempatan disyaki langgar syarat sah lesen ditahan
Shahrizan berkata, tangkapan kedua dilakukan pasukan itu kira-kira sejam kemudian apabila berjaya menahan sebuah bot kargo di kedudukan 1.5 batu nautika barat daya Pelabuhan Tawau. - FOTO untuk ilustrasi sahaja.
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan dua bot tempatan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan dan Ordinan Perkapalan Saudagar dalam dua tangkapan berasingan, pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan dibuat pasukan kapal peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Sejahtera dan Ops Tiris di perairan daerah ini.

Menurutnya, tangkapan pertama melibatkan sebuah bot nelayan yang sedang menunda pukat di kedudukan 1.5 batu nautika selatan Batu Tinagat sekitar jam 5.10 petang.

“Pemeriksaan ke atas bot nelayan terbabit mendapati seorang juragan bersama empat awak-awak lelaki warga Indonesia masing-masing berumur dalam lingkungan 23 hingga 42 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah, berada di dalamnya.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut  melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti menunda pukat di bawah jarak dua batu nautika daripada daratan berdasarkan kedudukan bot tersebut,”katanya lagi.

Shahrizan berkata, tangkapan kedua dilakukan pasukan itu kira-kira sejam kemudian apabila berjaya menahan sebuah bot kargo di kedudukan 1.5 batu nautika barat daya Pelabuhan Tawau.

Katanya, pemeriksaan ke atas bot yang membawa muatan buah sawit dari Pulau Sebatik menuju ke perairan Tinagat itu,  mendapati seorang nakhoda bersama dua kru lelaki warga tempatan berusia di antara 24 - 59 tahun sedang mengoperasikan bot ketika lesen tamat tempoh.

Menurutnya, kedua-dua bot bersama muatan serta kru dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952-MSO kerana didapati melanggar syarat sah lesen.

Tambahnya, kesemua barangan termasuk kedua-dua bot dan muatan yang dianggarkan bernilai hampir RM300, 000.00 disita sehingga proses siasatan selesai.

Dalam pada itu, Shahrizan menegaskan kepada komuniti maritim setempat agar sentiasa peka dengan syarat-syarat lesen yang ditetapkan. 

Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi jika pengusaha bot didapati gagal mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here