Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Penganggur Filipina miliki van curi dipenjara 12 bulan
Published on: Saturday, June 08, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Penganggur Filipina miliki van curi dipenjara 12 bulan
Al Kaisar didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur warga Filipina dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kenderaan curi.

Al Kaisal Misfar, 28, yang tidak mempunyai dokumen mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas tuduhan menyimpan van curi kepunyaan Lee Shui Wui pada 15 Mei, jam 4.30 petang, di pekan Telipok, Manggatal.

Dia diperintahkan menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap dan diperintahkan untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa van itu dilaporkan dicuri dari pangsapuri Kepayan Ridge pada 6 Mac tahun ini.

Siasatan polis mendedahkan Al Kaisar, mengaku van itu dicuri oleh rakannya, Amin, yang menggunakannya dalam aktiviti mencuri kabel.

Al Kaisar juga mengaku dialah yang memandu van itu bersama Amin. Dia ditahan ketika sedang duduk di tempat duduk pemandu van, ketika menunggu Amin.

Al Kaisar didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang lagi warga Filipina tanpa dokumen didakwa melupuskan kereta curi.

Al Sabri Palisna, 31, yang tampil di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, didakwa menyembunyikan Proton Iswara kepunyaan seseorang bernama Suliani Aidi, pada 30 Mei, jam 4 petang, di kawasan semak Kg Timbok, Telipok, Manggatal.

Dia meminta dibicarakan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam tahun dan tujuh tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Al Sabri direman lanjut sementara menunggu tarikh sebutan kesnya pada 12 Jun.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki tanpa dokumen berusia 52 tahun, yang didakwa menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki menggunakan kapak akan dibicarakan pada 29 Ogos.

Majistret Lovely menetapkan tarikh itu untuk Abdul Jabal Ali Usman, yang men-gekalkan pengakuan tidak bersalahnya ke atas pertuduhan yang dibuat terhadapnya.

Abdul yang bekerja sendiri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Sebastian Cherinos menggunakan senjata itu pada 17 Feb tahun ini, jam 12.30 tengah hari, di hadapan kiosk Shell Likas, Jalan Tuaran di sini.

Dia pada 6 Mac lalu meminta dibicara-kan terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Inspektor Kelvan Elson Maik dan Suzie S.K. melakukan pendakwaan. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here