Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pejalan kaki maut dilanggar lori 
Published on: Saturday, June 08, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Pejalan kaki maut dilanggar lori 
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa berumur 44 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu lori, 45, tidak cedera. - gambar untuk tujuan ilustrasi
TAWAU: Seorang pejalan kaki lelaki dipercayai pesakit mental maut selepas dilanggar lori di Batu 3 Jalan Apas sekitar jam 4.30 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa berumur 44 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu lori, 45, tidak cedera.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku semasa pemandu lori bergerak dari arah Taman Kuhara Jaya menuju ke Pekan Semporna.

“Apabila tiba di Batu 3, Jalan Apas ketika pemandu lori berada di lorong kanan, tiba-tiba muncul seorang pejalan kaki di hadapannya yang tidak pasti datang dari arah mana.

“Pemandu lori terus menekan brek dan cuba mengelak, namun kerana jarak terlalu dekat lori terlanggar pejalan kaki tersebut,” katanya.

Jasmin berkata, siasatan lanjut polis mendapati mangsa merupakan pesakit mental yang mempunyai kad Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dalam kejadian itu, katanya, lori mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Tambahnya, polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here