Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Rumah Mesra Sabah Maju Jaya beri sinar baharu kepada ibu tunggal
Published on: Friday, June 07, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:

Rumah Mesra Sabah Maju Jaya beri sinar baharu kepada ibu tunggal
MIZMA bersama Chong ketika melawat rumah Mesra SMJ milik Chong di Kampung Tamoi.
LAHAD DATU: Inisiatif Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) oleh kerajaan negeri Sabah membawa sinar kebahagiaan buat ibu tunggal yang sebelum ini tinggal di rumah usang beratapkan bumbung yang bocor.

Chong Kui Kyau, ibu kepada seorang anak berkata, inisiatif Rumah Mesra SMJ ini memberi peluang untuk keluarganya menempati kediaman yang lebih selesa.

Katanya, rumah baharunya yang dibina di Kampung Tamoi ini merupakan hadiah bermakna buatnya dan keluarga kerana sebelum ini mereka menetap di rumah yang ditinggalkan oleh ibu mertuanya dan rumah berkenaan telah usang serta mengalami kebocoran setiap kali hujan.

“Saya sangat berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan Segama (PPM), Datuk Mizma Appehdullah yang telah merealisasikan impian kami untuk menduduki rumah yang selesa.

“Kami sangat gembira dan bersyukur dengan adanya inisiatif ini,” katanya, ketika ditemui di rumah baharunya di Kampung Tamoi, dalam lawatan bersama PPM Segama, Datuk Mizma Appehdullah.

Sementara itu, PPM Segama, Datuk Mizma Appehdullah berkata, Chong merupakan salah satu penerima inisiatif Rumah Mesra SMJ di kawasan Segama.

Mizma berkata, inisiatif ini adalah bukti bahawa Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited membantu rakyat kurang berkemampuan di negeri ini.

“Inisiatif yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri ini selaras dengan halatuju Sabah Maju Jaya yang mahu kesejahteraan rakyat seiring dengan pembangunan negeri.

“Dengan adanya inisiatif ini, kita akan dapat membantu mengeluarkan rakyat luar bandar daripada kemiskinan dan memastikan penyediaan rumah mampu milik untuk golongan ini,” katanya.

Menurut Mizma, inisiatif ini juga memperlihatkan komitmen kerajaan dalam membantu golongan miskin di negeri ini.

Katanya, ia juga bukti kesungguhan kerajaan bagi menjaga kebajikan rakyat dan membantu rakyat meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Melalui inisiatif ini, kita dapat lihat bahawa bantuan atau inisiatif yang diberi oleh kerajaan negeri dapat dinikmati oleh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kita sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana inisiatif ini telah membantu banyak keluarga termasuk di kawasan Segama untuk memiliki rumah yang selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Mizma turut memberitahu bahawa Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Segama sentiasa memantau proses pembinaan Rumah Mesra SMJ di kawasan ini.

Tambahnya, pemantauan dibuat bagi memastikan pembinaan rumah berkenaan berjalan lancar agar ianya dapat diduduki dengan segera oleh penerima.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here