Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Masjid ‘bersejarah’ Sembulan dibina baharu pada RMK13
Published on: Friday, June 07, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

Masjid ‘bersejarah’ Sembulan dibina baharu pada RMK13
ARIFFIN (dua dari kanan) berbincang sesuatu dengan jawatan kuasa Masjid Kariah Sembulan semasa lawatan tersebut.
Kota Kinabalu: Masalah kesesakan khususnya solat Jumaat di Masjid ‘bersejarah’ Sembulan bakal selesai dengan pembinaan insfrastruktur baharu yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama Islam, Datuk Ariffin Arif berkata, buat permulaan kerja-kerja kecil seperti baik pulih akan dilaksanakan di masjid berkenaan.

“Masjid Sembulan yang sebelumnya pernah menjadi masjid pertama negeri Sabah ini perlu dinaiktaraf dengan pembinaan sebuah masjid baharu yang kita cadang dimasukkan ke RMK13.

“Lokasi pembinaannya ditapak sama juga dengan rekaan baharu yang mampu memuatkan lebih ramai jemaah namun sebelum itu, kita akan laksanakan kerja-kerja baik pulih buat sementara.

“Ia melibatkan baik pulih rangka bumbung bagi mengukuhkan lagi atap sedia ada termasuk pendawaian elektrik semula serta keperluan lainnya,” katanya ketika ditemui semasa melawat masjid itu, di sini pada Khamis.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Jumain Abdul Ghani.

Dalam perkembangan lain, Ariffin yang juga Exco Pendidikan berkata, pihaknya akan mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong di Beaufort dalam masa terdekat bagi mengenal pasti kerosakan di sekolah itu.

Katanya, ia susulan terdapat aduan khususnya ibu bapa, guru dan pelajar mengenai keadaan usang salah satu bangunan yang menempatkan kelas Tingkatan Enam dan Bilik Guru sekolah tersebut.

“Saya akan mendapatkan maklumat terperinci daripada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort mengenai isu ini, seterusnya akan melawat SMK Gadong dalam seminggu ini juga.

“Kita akan bantu sebagaimana kita bantu sekolah lainnya (sebelum ini) dan pada masa sama saya juga akan berbincang dengan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengenai perkara ini.

“(Sudah tentu), kalau kita sudah kenal pasti perlukan pembaikan, kita akan baiki (kerosakan) kerana di JPNS ada peruntukan untuk pembaikan kecil, juga (peruntukan) Jabatan Ketua Menteri (JKM) di bawah inisiatif Balkis,” katanya.

Dilaporkan, salah satu bangunan dua tingkat yang menempatkan kelas Tingkatan Enam dan sebahagian Bilik Guru di SMK Gadong berada dalam keadaan usang susulan kerosakan bumbung yang teruk.

Situasi yang berlaku sejak setahun lalu itu telah menyebabkan siling dan dinding di beberapa kelas mereput akibat terkena air hujan hingga terpaksa dikosongkan.

Lebih membimbangkan bilik suis utama elektrik di tingkat bawah bangunan berkenaan turut bocor dan air yang mengalir setiap kali hujan akan membahayakan pelajar serta guru.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here