Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Tiga dewan bedah Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah beroperasi sepenuhnya sejak 5 Jun
Published on: Friday, June 07, 2024
By: Bernama
Text Size:

Tiga dewan bedah Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah beroperasi sepenuhnya sejak 5 Jun
Dr Dzulkefly berkata dewan bedah keempat di pusat jantung itu pula sedang dalam penyelarasan, dan ia dijangka dapat beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.
Kuala Lumpur: Tiga dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah di Serdang telah beroperasi sepenuhnya sejak dua hari lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pada hari pertama operasi dua pesakit dewasa dan dua pesakit kanak-kanak selamat menjalani prosedur, diikuti tiga pesakit dewasa dan dua kanak-kanak pada hari kedua.

“Segala isu berkenaan suhu dan kelembapan telah dapat diatasi,“ katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Dr Dzulkefly berkata dewan bedah keempat di pusat jantung itu pula sedang dalam penyelarasan, dan ia dijangka dapat beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.

Beliau seterusnya mengucapkan syabas kepada pasukan pusat jantung itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, warga Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya yang bertungkus-lumus menjayakan operasi pusat berkenaan.

Sebelum ini Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah Serdang yang dibuka pada Dis 2022 itu dilaporkan berdepan beberapa isu teknikal, termasuk masalah bekalan elektrik.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here