Kapal nelayan berukuran 30 kaki x 15 kaki telah terbakar 70 peratus., kata jabatan bomba. (Gambar bomba)
SANDAKAN: Sebuah kapal nelayan yang sedang berlabuh di jeti berhampiran Pos Laju, Bandar Sandakan, terbakar pada pagi Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.33 pagi.
ADVERTISEMENT
Severinus berkata, kapal nelayan berukuran 30 kaki x 15 kaki telah terbakar 70 peratus. Operasi pemadaman adalah menggunakan sumber air dari jentera dan tamat pada jam 11.10 pagi.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat. Punca dan kos kerugian masih dalam siasatan.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.