Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

‘Persekutuan tiada masalah dalam isu MA63’
Published on: Thursday, June 06, 2024
Text Size:

‘Persekutuan tiada masalah dalam isu MA63’
HAJIJI (kedua dari kiri) dan yang lain menyaksikan Anwar menunjukkan tujuh tangkai padi yang dituainya semasa upacara “mongomot” (menuai) sebagai simbolik penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2024.
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar untuk segera menyelesaikan sebarang isu berlarutan berkaitan perkara yang dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah diarah untuk mempengerusikan Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai platform untuk menyelesaikan perkara itu.

Majlis Tindakan MA63 turut dianggotai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

“Sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu MA63. Dalam tahun pertama, Kerajaan Madani telah menyelesaikan lebih banyak isu berkaitan MA63 berbanding apa yang telah dilakukan sejak 10 tahun lalu,” kata Anwar ketika merasmikan penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2024 di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Penampang, pada 31 Mei.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinannya tidak mempunyai masalah sama sekali untuk menunaikan apa yang dijanjikan dalam MA63 sebaik sahaja Kerajaan Sabah bersedia dalam semua perkara berkaitan seperti penyerahan hak milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada Kerajaan Negeri. 

Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menyerahkan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah dan SESB kepada Kerajaan Sabah secara berperingkat.

Anwar berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil berat tentang keperluan Sabah dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk menangani masalah yang dihadapi oleh negeri itu. Malah, katanya peruntukan yang disalurkan kepada Sabah juga lebih tinggi berbanding negeri lain.

Beliau berkata kebimbangan Kerajaan bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan dalam MA63 tetapi juga untuk menarik pelabur, menambah baik infrastruktur dan membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.

“Sejak saya menjadi Perdana Menteri, jika kita lihat jumlah peruntukan untuk Sabah pada 2022 ialah RM12.9 bilion. Pada 2024, saya meningkatkannya kepada RM16 bilion.

“Jadi, orang yang menyerang kita harus ingat, memang kita belum putuskan tuntutan Sabah untuk 40 peratus daripada hasil negeri, tetapi RM16 bilion ini jauh lebih tinggi daripada 40 peratus yang dijanjikan. 

“Saya baru sahaja menjadi Perdana Menteri menerajui Kerajaan Perpaduan Madani yang baharu selama satu setengah tahun, tetapi dalam tempoh ini, saya telah menambah peruntukan Sabah...tambahan RM4 bilion, tertinggi di negara kita,” katanya.

Perdana Menteri menjelaskan perkara itu memandangkan terdapat pihak termasuk Ahli Parlimen daripada Kerajaan Perpaduan membuat kritikan seolah-olah Kerajaan Persekutuan menafikan hak Sabah dan meminggirkan negeri itu.

Dakwaan dan kritikan boleh dibuat dengan mudah, tetapi jangan menafikan segala peruntukan atau usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat dalam membantu merancakkan pembangunan Negeri, tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Keywords:
Sabah Maju Jaya





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here