Tue, 25 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

‘Jangan buta tuli protes masalah air’, UMS beritahu mahasiswa
Published on: Wednesday, June 05, 2024
By: FMT
Text Size:

‘Jangan buta tuli protes masalah air’, UMS beritahu mahasiswa
Bulan lalu Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir berkata lebih masa diperlukan bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS). (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengecam sebarang usaha kumpulan pelajarnya mahu mengadakan perhimpunan sebagai tanda protes isu air, sambil menyifatkan ia bukan keperluan.

Naib Canselor Kasim Mansor, berkata UMS pada dasarnya tidak akan membenarkan sebarang aktiviti yang boleh mewujudkan ketidakselesaan atau gangguan terhadap ketenteraman awam.

“UMS mengecam tindakan kumpulan pelajar itu yang cuba mengajak pelajar-pelajar universiti serta orang awam untuk turun bersama ke perhimpunan tersebut yang bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan terhadap ketenteraman awam, malah turut akan menjejaskan imej universiti,” katanya dalam kenyataan.

“Universiti percaya sebarang isu boleh disuarakan mengikut prosedur dan saluran yang betul, dan tidak mengambil tindakan secara membuta tuli”.

Beliau berkata demikian susulan Kempen Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah pada 14 Jun di hadapan Menara Kinabalu yang dilancarkan melalui laman Facebook Suara Mahasiswa UMS.

Katanya, UMS menyeru kumpulan pelajar terbabit menghentikan kempen itu dan usaha mengadakan perhimpunan tersebut, serta memberi ruang kepada pelajar universiti lain fokus dalam pengajian di universiti.

“Siswa-siswi juga disarankan agar tidak terikut-ikut untuk menyertai perhimpunan mahupun aktiviti yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa,” katanya.

Kasim berkata, tiada keperluan pelajar UMS mengadakan demonstrasi berkaitan isu air kerana ia sentiasa diikuti rapat oleh Timbalan Menteri Pendidikan Mustapha Sakmud, yang kerap ke UMS setiap bulan meninjau perkembangan kemajuan projek berkaitan bekalan air.

“UMS juga sedia maklum bahawa pihak kerajaan negeri juga telah melakukan yang terbaik untuk menangani bekalan air khususnya di kawasan UMS dan persekitarannya,” katanya.

Dalam lawatan kerja ke Kota Kinabalu pada 31 Mei tahun lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan pusat akan menyalurkan RM3 juta kepada kerajaan negeri ‘dalam beberapa hari’ bagi menyelesaikan masalah air UMS.

Pada Januari, pihak universiti berkata dana RM3 juta diguna bagi membina enam telaga tiub dan pemasangan enam sistem perpaipan.

Bagaimanapun, bulan lalu Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir dilaporkan berkata lebih masa diperlukan bagi menyelesaikan masalah bekalan asas di UMS.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here