Tue, 25 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Negeri Selangor perkukuh hubungan dengan China untuk meningkatkan kemasukan pelancong antarabangsa
Published on: Wednesday, June 05, 2024
Text Size:

Negeri Selangor perkukuh hubungan dengan China untuk meningkatkan kemasukan pelancong antarabangsa
Yang Berhormat Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan telah memberi ucapan ketika Majlis Pemerteraian Memorandum Persefahaman antara Tourism Selangor dan Acmar Marketing
SELANGOR: Untuk tiga tahun berturut-turut, Negeri Selangor telah menyaksikan peningkatan yang ketara bagi kedatangan pelancong dari China, mengatasi pasaran Asia Tenggara yang lain.

Pada tahun 2023, Negeri Selangor telah menerima 352,001 pelancong China dengan peningkatan sebanyak 73% daripada 203,615 kemasukan pelancong pada tahun 2022.

Berdasarkan pertumbuhan yang memberangsangkan ini, Negeri Selangor telah mempergiatkan strategi promosinya dengan mengadakan sebuah misi jualan yang bersasar di Xiamen, China, dari 24 hingga 26 Mei 2024.

Diketuai oleh Dato' Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, delegasi dari Tourism Selangor telah mengadakan misi jualan di China untuk siri yang kedua bagi tahun ini di Xiamen dan menghadiri 19th Strait Travel Fair and 9th China (Xiamen) International Leisure Tourism Expo 2024.

Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor bersama delegasi dari Acmar Marketing ketika Majlis Pemerteraian Memorandum Persefahaman antara Tourism Selangor dan Acmar Marketing.

Program ini telah menyediakan platform kepada pengusaha produk pelancongan dari Selangor untuk mempamerkan tawaran pelancongan mereka dan meneroka potensi pasaran China yang lebih luas.

Yang Berhormat Dato' Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan dalam satu kenyataan berkata, dalam usaha ke arah Tahun Melawat Selangor 2025, lawatan kedua kami ke China pada tahun ini telah mengukuhkan kerjasama rasmi kami bersama Acmar Marketing melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman.

Kerjasama ini dijangka akan membuka jalan kepada inisiatif promosi silang termasuk Familiarisation Trips, promosi pengisian pelancongan dan peluang program Business to Business (B2B).

Memandangkan taman tema merupakan tarikan utama pelancong dari China, Tourism Selangor telah mengetengahkan beberapa tarikan utama termasuk Taman Tema Sunway Lagoon, Taman Tema Air SplashMania dan FunPark @ Gamuda Luge Garden.

Majlis Pemerteraian Memorandum Persefahaman antara Tourism Selangor dan Acmar Marketing

Selain itu, bagi mereka yang berminat dengan ekopelancongan dan agropelancongan tarikan terkenal seperti Sky Mirror dan Sekinchan juga telah dipamerkan kepada pembeli dan ejen pelancongan di China.

Selaras dengan kempen promosi pelancongan Selangor, "Splendid Selangor, Take Me Anywhere!", Negeri Selangor mengalu-alukan peluang untuk menjalin kerjasama dengan agensi antarabangsa dan ejen pelancongan bagi meningkatkan peluang perniagaan khususnya menjelang Tahun Melawat Selangor 2025 dan mencapai sasaran kemasukan 7 juta pelancong menjelang tahun depan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here