Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Ekonomi Gig dibentang kepada kabinet esok
Published on: Tuesday, June 04, 2024
By: Bernama
Text Size:

Kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Ekonomi Gig dibentang kepada kabinet esok
Steven berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran tajaan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Grab Malaysia di sini hari ini.
Laporan interim pertama kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Ekonomi Gig akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok, menurut Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata laporan yang disediakan dengan kerjasama Universiti Malaya itu merupakan kertas makluman kerangka kerja bagi penubuhan suruhanjaya berkenaan.

“Selepas ini kita akan mendapatkan input-input tambahan daripada Jemaah Menteri, maka kita akan membuat perincian lanjut dan kertas muktamad akan siap pada Ogos nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran tajaan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Grab Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Sim berkata pelanjutan tempoh pendaftaran dan caruman pekerja sempena Bulan Pemutihan selama sebulan hingga 30 Jun ini menyaksikan pertambahan hampir 50 peratus jumlah pendaftaran serta caruman.

Beliau berharap lebih ramai majikan tampil mendaftar dan membayar caruman pekerja mereka sebelum hujung bulan ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here