Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh, lebih 100 dokumen belum diserahkan
Published on: Tuesday, June 04, 2024
By: Bernama
Text Size:

Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh, lebih 100 dokumen belum diserahkan
“Dua minggu memadai untuk pembelaan meneliti dokumen dan menyediakan pembelaan, perbicaraan akan bermula 19 Jun ini,” kata Hakim Muhammad Jamil.
Kuala Lumpur: Perbicaraan kes pecah amanah Datuk Seri Najib Tun Razak bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion, ditangguhkan ke 19 Jun.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan penangguhan peguam Datuk K. Kumaraendran dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, masing-masing mewakili Mohd Irwan dan Najib untuk menangguhkan kes berikutan terdapat lebih 100 dokumen belum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Permohonan pembelaan juga tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saiffudin Hashim Musaimi.

“Perbicaraan ditangguhkan sehingga 19 Jun untuk memberi peluang kepada pihak pendakwaan untuk meneliti dokumen untuk diserahkan kepada pembelaan.

“Dua minggu memadai untuk pembelaan meneliti dokumen dan menyediakan pembelaan, perbicaraan akan bermula 19 Jun ini,” kata Hakim Muhammad Jamil.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here