Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Budak 2 tahun ditemui mati dalam lurang
Published on: Sunday, June 02, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:

Budak 2 tahun ditemui mati dalam lurang
BEAUFORT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 8 bulan ditemui mati di dalam lurang najis yang baru dibina di Kampung Padas Damit, di sini, pada Khamis.

Muhammad Naim Muhammad Firdausi sebelum itu didapati hilang kira-kira jam 6 petang sebelum penemuan tragik jam 8.33 malam itu.

Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah berkata kanak-kanak tersebut jatuh ke dalam lubang sedalam 1 meter dan berkeluasan 2x2 meter itu di sebelah rumah mereka.

“Mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda bernyawa apabila diperiksa oleh paramedik.

“Rawatan kecemasan diberikan lebih kurang 1 jam di Klinik Kesihatan Padas  Damit sebelum disahkan meninggal dunia.

“Siasatan mendedahkan bahawa pada waktu kanak-kanak itu hilang, ibunya sedang memasak dan bapanya sedang membuat susu untuk mangsa.

“Mereka menyedari kanak-kanak itu sudah tiada di dapur dan bapanya serta beberapa ahli keluarga keluar mencarinya sekitar jam 6.30 petang,” katanya.

Ismail menambah bedah siasat dilakukan di Bahagian Forensik Hospital Beaufort dan hasilnya mendapati mangsa mati akibat lemas kerana terdapat banyak air di dalam paru-paru mangsa. 

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here