Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

OKU dipukul: Beri ruang pihak berkuasa siasat
Published on: Saturday, June 01, 2024
By: Bernama
Text Size:

OKU dipukul: Beri ruang pihak berkuasa siasat
Fahmi juga mengingatkan warganet untuk berhati-hati dan tidak menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) di media sosial, selain ia juga bertujuan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Kuala Lumpur: Orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) didakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain juga telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dilakukan, dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi berhubung perkara itu.

“Ini (spekulasi) tidak akan membantu siasatan dan kita serahkan kepada pihak berkuasa. Sekiranya didapati di penghujung siasatan itu perlu diambil beberapa tindakan termasuk membawa sesiapa ke mahkamah, itu kita serah kepada AGC (Jabatan Peguam Negara),” katanya.

Beliau kepada demikian pemberita selepas merasmikan Karnival Kita MADANI Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Fahmi juga mengingatkan warganet untuk berhati-hati dan tidak menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) di media sosial, selain ia juga bertujuan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here