Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Hyellene dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2024
Published on: Saturday, June 01, 2024
By: Bernama
Text Size:

Hyellene dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2024
Hyellene diapit oleh Elldiwirna (kiri) dan Monicka (kanan).
PENAMPANG: Hyellene Danius dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau 2024 pada hari terakhir kemuncak sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, Jumaat.

Kemenangan itu menyaksikan Hyellene, yang mewakili daerah Inanam, menewaskan 50 peserta lain dan mengambil alih gelaran itu daripada Unduk Ngadau 2023 Carol Abbey Gail.

Dengan kemenangan itu, Hyellene menerima hadiah wang tunai sebanyak RM12,000, mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hadiah iringan yang lain.

Isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni menyampaikan hadiah itu diiringi isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.

Unduk Ngadau merupakan pertandingan ratu cantik kebudayaan dan warisan pesta menuai diadakan pada Pesta Kaamatan dan tahun ini merupakan tahun ke-64 penganjurannya.

Elldiwirna Saimen mewakili Kiulu muncul pemenang tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, trofi, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan.

Tempat ketiga dimenangi Monicka Majin yang mewakili Keningau dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8,000, trofi, jambangan bunga serta hadiah iringan.

Selain itu, pemenang tempat keempat mewakili Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Johor iaitu Romandawi Gapari membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan jambangan bunga. Pemenang tempat kelima, keenam dan ketujuh masing-masing dimenangi Liane Melve Grace Lias (Tenom); Elviana Gunong (Tongod) dan Richella Kan Siang Feng (Kemabong). 

Mereka masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, RM3,000 dan RM2,000 beserta trofi dan jambangan bunga.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here