Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pesta Kaamatan platform pulihara, promosi keunikan budaya Sabah
Published on: Saturday, June 01, 2024
By: Bernama
Text Size:

Pesta Kaamatan platform pulihara, promosi keunikan budaya Sabah
Mengulas lanjut, Jeffrey berkata sambutan Pesta Kaamatan juga adalah antara platform terbaik untuk mengeratkan keharmonian masyarakat memandangkan ia melibatkan penyertaan semua suku etnik di Sabah dengan kepelbagaian budaya merangkumi pakaian, tarian dan makanan.
PENAMPANG: Pesta Kaamatan yang disambut pada Mei setiap tahun, mampu menjadi platform dalam usaha memulihara serta mempromosi budaya dan keunikan masyarakat pelbagai kaum di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan itu berkata pesta ini akan mampu menarik lebih ramai penduduk, pelancong dari luar serta pelabur asing berkunjung ke Sabah.

Beliau yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah berkata, rumah tradisi di pekarangan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini umpamanya, mempamerkan tarian, alat muzik, pakaian tradisi dan menghidangkan makanan tradisi untuk pengunjung semasa Pesta Kaamatan.

“Pengisian program kali ini juga turut memberi lebih banyak peluang kepada belia terutamanya generasi Z untuk terlibat dalam Pesta Kaamatan. Buvazoi Tavantang, pelaksanaan sukan rakyat di Institut Pengajian Tinggi dan sekolah menengah, pertandingan nyanyian serta tarian kreatif khusus untuk pelajar sekolah.

“Penglibatan belia terutama generasi Z diyakini akan membantu dalam usaha mengekalkan serta memelihara budaya dan adat tradisi agar tidak pupus ditelan zaman,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Dewan Hongkod Koisaan KDCA di sini, Khamis.

Perasmian pesta itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Bertemakan “Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan”, Pesta Kaamatan adalah perayaan tradisi yang merupakan tanda kesyukuran terhadap hasil tuaian padi diperolehi selepas berakhir musim menuai setiap tahun, kini berevolusi sebagai medium perpaduan rakyat Sabah dan juga seluruh negara.

Mengulas lanjut, Jeffrey berkata sambutan Pesta Kaamatan juga adalah antara platform terbaik untuk mengeratkan keharmonian masyarakat memandangkan ia melibatkan penyertaan semua suku etnik di Sabah dengan kepelbagaian budaya merangkumi pakaian, tarian dan makanan.

Perayaan itu juga medan memperkasa semangat perpaduan masyarakat bagi memastikan kestabilan sosial, politik, ekonomi serta pembangunan teratur dan mampan sentiasa terpelihara, katanya.

Sementara itu, beliau berkata Pesta Kaamatan pada tahun ini juga meneruskan program Seeds’ Spirit Revival bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pemuliharaan alam sekitar terutama tumbuh-tumbuhan herba yang mempunyai nilai dari segi sains perubatan dan komersial.

Menurutnya, program International Day for Cultural Diversity Dialouge yang diadakan pada 21 Mei lepas bertujuan mempromosi warisan budaya serta konservasi alam sekitar di Sabah dan pada skala global.

Justeru, masyarakat Sabah digesa berganding bahu memelihara serta memulihara alam sekitar dalam menangani isu perubahan iklim dan kekurangan bekalan makanan tatkala menikmati arus pemodenan, katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here