Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Maritim rampas 765kg daging penyu cuba diseludup di Kudat
Published on: Friday, May 31, 2024
By: Bernama
Text Size:

Maritim rampas 765kg daging penyu cuba diseludup di Kudat
ANGGOTA Maritim menunjukkan sebahagian rampasan tersebut.
Kota Kinabalu: Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)  merampas 51 guni berisi daging penyu kering seberat 765 kilogram (kg) dipercayai untuk diseludup ke luar negara, malam Selasa lepas.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata bagi mendapatkan jumlah daging penyu kering itu dianggarkan kira-kira 1,000 ekor penyu spesis terancam dibunuh oleh sindiket yang terlibat.

Beliau berkata dalam Op Pluto Timur dan Op Tiris di sekitar kawasan pantai kira-kira 0.5 batu nautika laut Timur Laut Kampung Tajau Laut, Kudat itu, pihak berkuasa turut menemukan 19 guni berisi balat iaitu spesis timun laut.

“Pihak kami memeriksa sebuah bot yang sedang melakukan aktiviti mencurigakan pada pukul 10.27 malam. Menyedari kehadiran pasukan Maritim Malaysia suspek bertindak meloloskan diri ke kawasan cetek. 

“Aset darat dikerah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan kerana bot ronda tidak dapat menghampiri kawasan pantai,” katanya.

Beliau berkata nilai rampasan berjumlah kira-kira RM500,000 dan dibawa ke pejabat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut serta kes disiasat mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 kerana cuba menyeludup daging haiwan spesis terancam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here