Tue, 25 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

‘Jangan layan aktiviti Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani’
Published on: Friday, May 31, 2024
Text Size:

‘Jangan layan aktiviti Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani’
Zulkarnain berkata semua masalah berbangkit di peringkat kampung sepatutnya melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat (UPPM) sedia ada yang dilantik oleh Kerajaan Sabah.
Kota Kinabalu: Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar berkata pegawai kerajaan Sabah, terutama ketua pihak berkuasa tempatan seperti Mayor, Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan kakitangan Majlis Daerah tidak harus melayan pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) yang ditubuhkan baru-baru ini.

“Kerajaan Sabah jelas menolak penubuhan JKDM yang dilancarkan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi di Sabah baru-baru ini. Justeru, sebarang aktiviti pengerusi atau setiausaha JKDM tidak sepatutnya dilayan,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Beliau berkata semua masalah berbangkit di peringkat kampung sepatutnya melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat (UPPM) sedia ada yang dilantik oleh Kerajaan Sabah.

“Ordinan Pentadbiran Luar Bandar yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah hanya mengiktiraf JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri, sebagai badan pentadbiran kampung.

“Justeru, bagi mengelak pertindihan permohonan pembangunan di peringkat kampung, sebaiknya semua proses permohonan hendaklah melalui JKKK atau UPPM,” katanya.

Beliau berkata, ia agak menyedihkan apabila Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Zahid seolah-olah menganaktirikan Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan Sabah mempunyai Kementerian Pembangunan Luar Bandar sendiri yang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk menyalurkan peruntukan Persekutuan bagi membangunkan kemudahan infrastruktur yang kian meruncing di Sabah.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyokong penuh kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here