Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pegawai bank dinobat Mr Kaamatan
Published on: Friday, May 31, 2024
By: Ricardo Unto
Text Size:

Pegawai bank dinobat Mr Kaamatan
BONYVANTURE (tengah) diapit oleh Jeffry (kiri) dan Jack.
PENAMPANG: Bonyvanture Hee, yang mewakili Lembah Klang, muncul juara pada final Buvazoi Tavantang Kaamatan (BTK) Negeri 2024 yang berlangsung di Hongkod Koisaan Persatuan Kadazan Dusun (KDCA), Selasa.

Pegawai bank berusia 29 tahun itu membawa pulang pakej hadiah bernilai lebih RM70,000, termasuk wang tunai RM7,000, biasiswa pendidikan, penutup kepala eksklusif untuk pemenang dan barangan tajaan lain.

Di tempat kedua ialah Jeffry Jumenik @ James dari Sipitang, manakala Jack Arrey Jaim (Labuan) mendapat tempat ketiga.

Jeffry dan Jack masing-masing menerima RM5,000 dan RM3,000, berserta hadiah tajaan lain. Tujuh lagi pemenang teratas adalah Achilles Elor @ Francis dari Libaran di tempat keempat, diikuti oleh Douglas Lee Yong Liang (Kemabong), Oswald Xavier Puji (Papar), dan Reky Chee Hau Jun dari Penampang.

Bonyvanture yang berasal dari Ranau berkata, ini merupakan percubaan keduanya selepas menyertai pertandingan peragaan kebudayaan lelaki itu pada 2017, di mana dia mendapat tempat kelima.

“Pada 2017, syarat untuk finalis untuk membuat manifesto masih belum diperkenalkan,” katanya.

“Sejak beberapa tahun lalu, keperluan ini dilaksanakan dalam pertandingan itu, dan dari situ, saya mendapat inspirasi untuk menyertainya semula. Ikrar saya adalah untuk menubuhkan persatuan alumni BTK.”

Jelasnya, persatuan ini akan menjadi platform kepada bekas peserta melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan dan kemasyarakatan.

“Kemenangan saya bukan hanya untuk menang tetapi juga untuk meneruskan misi saya,” katanya.

Pada tahun ini, 49 finalis dari seluruh Sabah dan cawangan KDCA menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan kebudayaaan lelaki itu pertama kali diadakan pada 2008 secara kecil-kecilan.

Pada 2018, Mr Kaamatan telah didaftarkan sebagai jenama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pada 2017, konsep dan pelaksanaan pertandingan itu ditambah baik dengan pembentukan ahli jawatankuasa baharu, pemilihan tempat baharu dan acara sampingan, dan sistem penjurian baharu.

Pada 2021, BTK telah diiktiraf sebagai salah satu acara rasmi untuk Pesta Kaamatan Negeri, dengan Lembaga Kebudayaan Sabah (LKNS) bertindak sebagai penyelaras pelaksanaan acara tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here