Sun, 23 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Rumah Projek Perumahan Rakyat terbakar di Sandakan
Published on: Friday, May 31, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Rumah Projek Perumahan Rakyat terbakar di Sandakan
SANDAKAN: Sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra, Batu terbakar pada petang Rabu (gambar)

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Saverinus Sainkui berkata satu pasukan dari 15 anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 1.56 petang menerusi MERS999.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah rumah yang terletak di tingkat 4 PPR Taman Mesra sedang terbakar. 

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dari sumber air jentera bomba. 

“Tindakan pantas anggota nerjaya memadamkan kebakaran dari merebak ke rumah berhampiran,” katanya, dan menambah, operasi tamat jam 2.30 petang.

Kebakaran itu memusnahkan sebuah bilik di dalam rumah tersebut, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here