Wed, 3 Jul 2024

HEADLINES :


Festival sastera, seni antarabangsa Sabah 5-9 Jun ini
Published on: Friday, May 31, 2024
Text Size:

Festival sastera, seni antarabangsa Sabah 5-9 Jun ini
Menurut Jasni, Juri Durabi, Sitti Rahmah G Ibrahim, Abdul Karim Gullam dan Datuk Jamdin Buyong akan menerima Tokoh Pejuang Sastera negeri, yang diperkenalkan buat julung kali di negeri ini.
Kota Kinabalu: Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) akan menganjurkan Festival Kesusasteraan, Kesenian dan Puisi Esei Antarabangsa Sabah ke-3 di Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah di sini, pada 5-9 Jun ini.

Presidennya Datuk Jasni Matlani berkata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijangka merasmikan program itu pada 7 Jun manakala penutupan disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Dato Roslan Tan Sri Abdul Rahman pada 9 Jun.

Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola DBP Malaysia, berkata pelbagai program berkaitan majlis ilmu, dilaksanakan oleh Bahasa sepanjang festival itu. 

“Antaranya seminar Sabah Maju Jaya dan Malaysia Madani yang menampilkan Datuk Ts. Dr Ramzah Dambul daripada Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dan Pengerusi Amanah Institut Keusahawanan Negara Mustaffa Kamil Ayub.

“Selain itu, acara Sesi bersama penulis, Bengkel Sepanggar berpantun yang turut dianjurkan oleh Ikatan penulis Sabah dan seminar pemikiran Juri Durabi dan Sitti Rahmah G Ibrahim, seminar Sastera dan Puisi Esei, serta penyampaian beberapa hadiah dan anugerah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Jasni, Juri Durabi, Sitti Rahmah G Ibrahim, Abdul Karim Gullam dan Datuk Jamdin Buyong akan menerima Tokoh Pejuang Sastera negeri, yang diperkenalkan buat julung kali di negeri ini.

“Mereka diberikan anugerah ini kerana perjuangan sastera serta ketabahan mereka yang berterusan dalam mengharungi pelbagai pahit getir untuk memartabatkan sastera Sabah. Mereka juga aktif dalam gerakan sastera di Sabah lebih 10 tahun dan berkarya secara konsistan serta berterusan.” 

“Fatin Hamama R. Syam dari Indonesia pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Kemanusiaan dan Diplomasi Asean, yang ke-3, kerana peranannya yang amat besar dalam membina hubungan diplomasi melalui sastera serta menyebarkan puisi esei hingga terkenal di beberapa buah negara Asean,” katanya.

Turut disampaikan ialah Hadiah Cerpen, Puisi dan Puisi Esei sumbangan Kerajaan Negeri Sabah, dan diselenggarakan oleh Bahasa dan akhbar Harian Ekspres. 

Festival itu dianjurkan dengan sokongan dan kerjasama Motac, Kerajaan Negeri, DBP, Komunitas Puisi Esei Asean, Gapena, Ikatan Penulis Sabah (IPS), Jabatan Pendidikan Sabah, Sekolah Indonesia Kota Kinabalu, serta pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan lain. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here