Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Wanita ditemui meninggal dunia di rumahnya di Sandakan
Published on: Thursday, May 30, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Wanita ditemui meninggal dunia di rumahnya di Sandakan
Polis berkata seorang jiran mangsa yang terhidu bau kurang menyenangkan dari arah rumah mangsa telah menghubungi mereka. (Gambar Malay Mail)
SANDAKAN: Seorang wanita warga tempatan berumur 55 tahun ditemui meninggal dunia di rumahnya di Taman Sri Rimba, Batu 7, di sini, pada pagi Khamis.

Ketua polis daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, yang mengesahkan perkara tersebut berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada jiran mangsa pada jam lebih kurang 11.53 pagi. 

“Seorang jiran mangsa yang terhidu bau kurang menyenangkan dari arah rumah mangsa telah menghubungi pihak polis,” katanya dalam kenyataan kepada media. 

Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak bomba turut digerakkan ke lokasi kejadian bagi membuka pintu rumah mangsa yang berkunci.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here